twitter2

 

Teks Ucapan Pengurus Besar YP - Sempena Tahun Baru 2010

PERUTUSAN TAHUN BARU 2010


PENGURUS BESAR YAYASAN PAHANG
YANG HORMAT DATO' HAJAH SAARIAH BINTI SAAD


DI DEWAN UTAMA, KOMPLEKS YAYASAN PAHANG
KUANTAN, PAHANG


PADA 13 JANUARI 2010 (RABU)
BERSAMAAN 27 MUHARRAM 1431 HIJRAH

JAM 9.00 PAGI

 

 

1. ALHAMDULILLAH BERSYUKUR SAYA KE HADRAT ALLAH SWT DENGAN LIMPAH RAHMATNYA KITA TELAH DIBERI KESEMPATAN SELAMA SETAHUN YANG LALU MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB YANG TELAH DIAMANAHKAN KEPADA KITA DENGAN JAYANYA.

2. DENGAN RASA PENUH SYUKUR JUGA SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2010 DAN JUGA TAHUN BARU HIJRAH 1431 YANG BARU SAHAJA BERLALU. SEMOGA PADA TAHUN INI KITA SEMUA DIKURNIAKAN KESEJAHTERAAN DAN KESIHATAN YANG BAIK SERTA DIPERMUDAHKAN DALAM SEGALA URUSAN. INSYAALLAH DENGAN NIAT YANG IKHLAS DAN HATI YANG BERSIH MUDAH-MUDAHAN KITA SEMUA MENDAPAT ILHAM DAN PETUNJUK YANG BAIK DARIPADA ALLAH SWT DALAM SETIAP USAHA KITA MENERUSKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KHALIFAH DI BUMI ALLAH YANG FANA INI.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

3. MENGIMBAU KEMBALI KEPADA USAHA DAN PERANAN YANG TELAH KITA SEMPURNAKAN SEPANJANG TAHUN 2009 SAYA PERCAYA IA TELAH BANYAK MENAMBAH PENGALAMAN DAN KEMATANGAN KITA DI SAMPING MEMBERIKAN PENGAJARAN YANG AMAT BERGUNA KEPADA KITA. YANG BAIK JADIKAN PENANDAARAS DAN YANG SEBALIKNYA JADIKANLAH SEMPADAN UNTUK KITA TIDAK MENGULANGINYA LAGI YANG BAIK DIPUJI YANG DIJELEK DIPERBAIKI.

ORANG DAIK MEMACU KUDA,
KUDA DIPACU DERAS SEKALI;
BUAT BAIK BERPADA-PADA,
BUAT JAHAT JANGAN SEKALI.

4. KIRA-KIRA 28 TAHUN YANG LALU YP TELAH BERPERANAN DAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM MEMBANGUNKAN MODAL INSAN DI NEGERI INI SECARA HOLISTIK DAN BERTERUSAN. YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI KITA PERNAH MENYEBUT BAHAWA:

"MODAL INSAN BERKUALITI TINGGI MERUPAKAN PRASYARAT UTAMA UNTUK MENYOKONG AGENDA PEMBANGUNAN NEGARA. OLEH ITU, KERAJAN AKAN MEMASTIKAN SECARA KOMPREHENSIF, MELIPUTI USAHA MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN. SELAIN ITU, LANGKAH AKAN DIAMBIL UNTUK MEMBENTUK INDIVIDU BERINTELEK DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI, MENGGILAP KEUPAYAAN KEUSAHAWANAN SERTA MEMUPUK NILAI-NILAI POSITIF DAN PROGRESIF."

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

5. HASRAT TERSEBUT TELAH DITERJEMAHKAN OLEH YP MELALUI PERANAN YANG DIMAINKANNYA SEJAK MULA DITUBUHKAN PADA 1982 YANG PADA KETIKA ITU DITERAJUI SENDIRI OLEH YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MOHD NAJIB SELAKU PENGERUSI YP YANG PERTAMA.

6. DENGAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA SEMAKIN DINAMIK DAN PROGRESIF SAYA YAKIN HARAPAN UNTUK MELIHAT SERAMAI MUNGKIN GENERASI MUDA KITA MAMPU MENDAPAT PENDIDIKAN BERKUALITI INSYAALLAH TERCAPAI.

7. NAMUN KEBANYAKAN GENERASI MUDA KINI NAMPAKNYA BERADA DALAM ZON SELESA KERANA MEREKA SANGAT BERGANTUNG KEPADA KERAJAAN. JIKA MENGANGGUR MISALNYA KERAJAAN AKAN BERUSAHA MEMPERKENALKAN PELBAGAI INISIATIF UNTUK MEMASTIKAN MEREKA BEKERJA ATAU SEKURANG-KURANGNYA MENYEDIAKAN TEMPAT LATIHAN YANG LENGKAP. TIDAK CUKUP DENGAN ITU ELAUN JUGA TURUT DIBERIKAN. SENARIO BEGINI MENIMBULKAN KESAN NEGATIF IAITU SEOLAH-OLAH PERANCANAAN DAN HALA TUJU MASA DEPAN MEREKA MERUPAKAN TANGGUNGJAWAB KERAJAAN. JIKALAU TIDAK TENTU KERAJAANLAH DIPERSALAHKAN BUKANNYA DIRI MEREKA SENDIRI.

8. KALAU BEGINILAH KEADAANNYA BERTERUSAN BOLEHKAH GENERASI AKAN DATANG AKAN MENJADI MASYARAKAT MADANI YANG BERTANGGUNGJAWAB KEPADA BANGSANYA? ATAU ADAKAH MEREKA MENJADI SEBAGAIMANA MADAH ORANG TUA-TUA KITA:

BAK AIR DI DAUN KELADI,
BAK EMBUN DI HUJUNG RUMPUT,
BAK ABU DI ATAS TUNGGUL,
BAK TELUR DI HUJUNG TANDUK.

9. KITA SEBAGAI AGENSI YANG BERKAIT LANGSUNG DENGAN SEKTOR PENDIDIKAN PERLU BERSAMA-SAMA MENANAMKAN BUDAYA INDEPENDENT DAN BERDAYA SAING SUPAYA GENERASI INI LEBIH KENTAL, BERKEBOLEHAN, BERANI, KREATIF DAN INOVATIF. PROGRAM PERUNCIT MUDA YANG DIBANGUNKAN SECARA KERJASAMA ANTARA YP, IKIP INTERNATIONAL COLLEGE (IIC) DAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) SEJAK 2007 BOLEH DIJADIKAN CONTOH KERANA TELAH BERJAYA MELAHIRKAN GENERASI YANG CEKAL DALAM PELBAGAI BIDANG KEUSAHAWANAN WALAUPUN BILANGANNYA MASIH SANGAT KECIL.

10. DALAM ERA TEKNOLOGI YANG SEMAKIN MODEN INI KETAHANAN DIRI YANG MANTAP PERLU DIBINA. TANPA PENGORBANAN DAN KOMITMEN YANG PADU USAHA UNTUK MELAHIRKAN BANGSA YANG AMPUH DAN BERUPAYA MENDEPANI CABARAN MASA DEPAN HANYA SIA-SIA SAHAJA. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB SETIAP ORANG DARIPADA KITA BUKAN SAHAJA MENJAGA TRADISI DAN KEMUDAHAN YANG ADA TETAPI TERUS MENAMBAH NILAI SUPAYA MENJADI LEBIH BERMUTU UNTUK GENERASI MASA KINI DAN GENERASI AKAN DATANG. KATA ORANG:

HANYUT DIPINTAS,
HILANG DICARI,
TERAPUNG DIKAIT,
TERBENAM DISELAMI.

 

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

11. PEMILIKAN SENJATA YANG CANGGIH, PEMBINAAN KUBU PERTAHANAN YANG KUKUH DAN PEMBELIAN KELENGKAPAN TEMPUR BERBILLION RINGGIT BUKANLAH FAKTOR UTAMA UKURAN KEHEBATAN SESEBUAH NEGARA ATAU TAMADUN BANGSA. BENTENG PERTAHANAN YANG TEGUH DAN KUAT KINI ADALAH MODAL INSAN ITU SENDIRI. SELAIN KEKUATAN FIZIKAL DAN MENTAL STRATEGI YANG PERLU ADA PADA ZAMAN SEKARANG ADALAH KEKUATAN INTELLECTUAL BAGI MENGHADAPI SEBARANG SITUASI ATAU KETIDAKTENTUAN DARI PELBAGAI ARAH.

12. GENERASI MUDA YANG DIGELAR PEWARIS BANGSA DAN PEMIMPIN MASA DEPAN PERLU DIGERAKKAN DAN DISEDARKAN BETAPA MENDALAMI ILMU PENGETAHUAN ITU AMAT PENTING. KERAJAAN SENTIASA PRIHATIN MENYEDIAKAN PELBAGAI PROGRAM DAN DANA YANG TINGGI BAGI TUJUAN MEMBINA BENTENG PERTAHANAN YANG DIMAKSUDKAN INI.

13. KEKUATAN MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERKUALITI SEBENARNYA TELAH LAMA DIBINA OLEH YP DENGAN MENYEDIAKAN PELBAGAI BENTUK BANTUAN DAN PROGRAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KEPADA ANAK-ANAK PELAJAR SELURUH NEGERI. INILAH JUGA MATLAMAT UTAMA PENUBUHAN KITA IAITU UNTUK MELAHIRKAN MODAL INSAN BERILMU PENGETAHUAN, BERKEMAHIRAN DAN BERAKHLAK MULIA.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

14. MENURUT ISLAM TUJUAN KITA BERUSAHA MEMBANGUNKAN MODAL INSAN INI TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN ADALAH UNTUK MELAHIRKAN INSAN RABBANI SELAKU KHALIFAH ALLAH DI BUMI FANA YANG BERSIFAT SEMENTARA INI. OLEH ITU MENDIDIK JIWA DAN ROHANI ADALAH SATU KEPERLUAN KHUSUS. SETERUSNYA, PENDIDIKAN BERBENTUK DUNIAWI DAN UKHRAWI PERLU PULA MENGAMBIL TEMPAT MENGIKUT STRUKTUR DAN SUSUNANNYA.

15. KEPENTINGAN MEMILIKI ILMU PENGETAHUAN DALAM ERA MASAKINI SEMAKIN PENTING DAN MENJADI AGENDA UTAMA KERAJAAN. SETIAP GENERASI MUDA BERPELUANG MENDAPAT PENDIDIKAN YANG BERKUALITI DAN SAMARATA. MUNGKIN TERDAPAT DARI KALANGAN BELIA YANG TIDAK CENDERUNG KEPADA AKADEMIK TETAPI MEMILIKI KELEBIHAN DARI SEGI KEMAHIRAN. SEBAB ITULAH YP MEMANDANG BIDANG KEMAHIRAN INI ADALAH SAMA PENTINGNYA. SETIAP BAKAT ATAU POTENSI YANG ADA PADA SESEORANG INDIVIDU HARUSLAH DIKENALPASTI DAN DIDEDAHKAN SECARA OPTIMUM SUPAYA TIDAK MERUGIKAN NEGARA.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

16. YP SUDAHPUN MENGELUARKAN SEJUMLAH 549 JUTA RINGGIT BAGI TUJUAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN KEMAJUAN PENDIDIKAN NEGERI INI. JUMLAH YANG AGAK BESAR INI MEMBERI MANFAAT KEPADA HAMPIR SETENGAH JUTA ORANG PELAJAR DAN JUGA MASYARAKAT SETEMPAT. PADA TAHUN 2009 YP TELAH BERBELANJA SEBANYAK 51.5 JUTA RINGGIT BAGI AKTIVITI PENDIDIKAN DAN SEJUMLAH 55 JUTA RINGGIT LAGI AKAN DIPERUNTUKKAN BAGI TAHUN 2010.

17. PADA TAHUN 2009 SERAMAI 3,455 PELAJAR TELAH MENDAPAT KEMUDAHAN PINJAMAN PENDIDIKAN PERINGKAT TINGGI. YP BERTERUSAN MENELITI DAN MENGKAJI SUPAYA BANTUAN PINJAMAN PELAJARAN YANG DITAWARKAN MEMENUHI KEPERLUAN NEGARA. INILAH JUGA YANG MENJADIKAN PERUNTUKAN YP AGAK SIGNIFIKAN BAGI MENAJA PROGRAM-PROGRAM BERBENTUK KEMAHIRAN ATAU BIASA KITA RUJUK SEBAGAI SECOND CHANCE PROGRAM.

18. KITA TIDAK SETAKAT MENAJA PINJAMAN PELAJARAN DI PERINGKAT TERTIARY DAN BIASISWA DI PERINGKAT SEKOLAH JUGA TIDAK JEMU-JEMU BERUSAHA UNTUK MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN ANAK-ANAK KITA.

19. PADA TAHUN INI SAHAJA KITA MEMPERUNTUKKAN SEBANYAK 25.3 JUTA RINGGIT BAGI TUJUAN PINJAMAN PENDIDIKAN BERBANDING TAHUN LEPAS SEBANYAK 23.2 JUTA RINGGIT. BAGI BIASISWA PERINGKAT SEKOLAH PULA SERAMAI 23,750 PELAJAR MENERIMA BSM. INI MENJADIKAN 17 PERATUS DARIPADA KESELURUHAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI INI MENERIMA BANTUAN BSM BERBANDING 12 PERATUS YANG MENERIMA BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP). MANAKALA SERAMAI 17,287 PELAJAR LAGI MENERIMA BSR ATAU MEWAKILI 21 PERATUS DARIPADA KESELURUHAN PELAJAR TAHUN 4, 5 DAN 6 DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DI NEGERI INI.

20. DENGAN KERJASAMA PADU DARIPADA PIHAK JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG (JPNP) DAN JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG (JAIP) MAKA KITA BERHASIL MEMBANTU MELAHIRKAN DENGAN BEGITU RAMAI PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG MENERUSI PROGRAM-PROGRAM KECEMERLANGAN YANG KITA WUJUDKAN SEPERTI JUJ, PISSA DAN PPJ SERTA SISP DAN TERBAHARU PERHATI.

21. SEBAGAI CONTOH PELAJAR YANG TERPILIH MENYERTAI PROGRAM SISP YANG MELIBATKAN EMPAT BUAH SEKOLAH DI BAWAH TAJAAN YP MENJADI KEBANGGAAN KITA DALAM PEPERIKSAAN UPSR. KESEMUA SEKOLAH INI MENDUDUKI EMPAT TANGGA TERATAS DI ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH SELURUH PAHANG. PROGRAM JUJ PULA BERJAYA MEMBANTU PELAJAR-PELAJAR PERINGKAT SPM MENINGKATKAN PRESTASI MEREKA HINGGA MENEMPATKAN NEGERI YANG MAKMUR INI KETIGA TERBAIK SELURUH MALAYSIA BARU-BARU INI. MANAKALA PROGRAM PISSA YANG DIPERKENALKAN TAHUN 2003 BERJAYA MENINGKATKAN BILANGAN PELAJAR YANG MENDAPAT KEPUTUSAN SEMUA SUBJEK 'A' DALAM SPM DARIPADA 3 ORANG KEPADA 106 ORANG PELAJAR.

22. INSYAALLAH DENGAN KUDRAT DAN IZIN ALLAH SWT DISERTA DENGAN KEIHLASAN DAN DISIPLIN YANG TINGGI SAYA PERCAYA YP MAMPU MEREALISASIKAN HASRAT KERAJAAN MELAHIRKAN KNOWLEDGABLE SOCIETY MENJELANG 2020 YANG BUKAN SAHAJA BERILMU PENGETAHUAN DAN BERKEMAHIRAN TINGGI TETAPI JUGA MEMILIKI AKHLAK SEINDAH AKHLAK RASULULLAH SAW.

23. AKSES KEPADA TERTIARY EDUCATION MASAKINI SANGAT KOMPETITIF. SETIAP PELAJAR YANG LAYAK MENERIMA DAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE PERINGKAT TERTIARY TIDAK SEHARUSNYA DINAFIKAN PELUANG MEREKA DISEBABKAN KEDAIFAN EKONOMI KELUARGA. INI KERANA KEMUDAHAN PINJAMAN MAHUPUN BIASISWA BOLEH DIPEROLEHI DARIPADA BANYAK PIHAK SEPERTI JPA, PTPTN, MARA DAN YAYASAN-YAYASAN NEGERI TERMASUKLAH YP SENDIRI SERTA BADAN-BADAN KORPORAT YANG LAIN.

24. MENJELANG TAHUN 2020 HASRAT KERAJAAN MELAHIRKAN HUMAN CAPITAL BERPENGETAHUAN TINGGI AKAN TERCAPAI APABILA DIANGGARKAN 50 PERATUS KOHORT 17 HINGGA 23 TAHUN YANG MEMPUNYAI TERTIARY EDUCATION MEMASUKI PASARAN KERJA. ALHAMDULILLAH YP BERADA DI LANDASAN YANG BAIK DAN SELARI DENGAN HASRAT KERAJAAN INI. MELALUI TAJAAN-TAJAAN DAN BANTUAN-BANTUAN-BANTUAN PENDIDIKAN JUGA PROGRAM-PROGRAM KECEMERLANGAN DI PERINGKAT SPM SAYA PERCAYA USAHA INI AKAN MENEMUI KEJAYAAN UNTUK MENINGKATKAN SERAMAI MUNGKIN BILANGAN ANAK-ANAK PAHANG DI MENARA GADING.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

25. BERTEMAKAN "PENDIDIKAN BERINOVASI MASYARAKAT BERINTEGRASI" YP MELANGKAH KE TAHUN 2010 DENGAN UNJURAN PENDAPATAN SEBANYAK 97.3 JUTA RINGGIT MANAKALA 100.2 JUTA RINGGIT DIANGGAR DIBELANJAKAN. KESANNYA KITA AKAN MENGALAMI BAJET DEFISIT SEBANYAK 2.9 JUTA RINGGIT. PADA MASA YANG SAMA KITA JUGA SEDANG BERGANTUNG KEPADA KEMUDAHAN PINJAMAN BANK HAMPIR 30 JUTA RINGGIT. BAGAIMANA HARUS KITA MENANGANI KEADAAN KEWANGAN YANG KETAT INI?

• ANTARA TINDAKAN YANG KITA LAKUKAN ADALAH MENANGGUHKAN SEMENTARA PEMBINAAN KAMPUS TETAP IIC DI KUANTAN DAN JUGA BENTONG SERTA PEMBINAAN MASJID BERHADAPAN KOMPLEKS KITA INI.

• KEDUANYA KITA HARUS BEKERJA KERAS DAN PENUH DISIPLIN DALAM MEMASTIKAN HASIL PEMBALAKAN DAN PERLADANGAN KELAPA SAWIT DITERIMA SEPENUHNYA TEPAT PADA WAKTU YANG DIUNJURKAN.
• KITA JUGA AKAN MEMANTAU DENGAN LEBIH DEKAT USAHA-USAHA KUTIPAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN MENCAPAI SASARAN 12 JUTA RINGGIT PADA TAHUN INI BERBANDING 10 JUTA RINGGIT YANG BERJAYA DIKUTIP PADA TAHUN 2009.

• SELAIN ITU TASK FORCE DI BAHAGIAN PELABURAN YANG KITA BENTUK PADA TAHUN 2009 PULA HENDAKLAH BENAR-BENAR BERPERANAN SERTA LEBIH KERAP TURUN PADANG DALAM MEMANTAU PRESTASI ANAK-ANAK SYARIKAT SUPAYA EFEKTIF DAN EFISYEN.

• SETERUSNYA KITA AKAN BERUSAHA LEBIH CEKAP DAN TELUS DALAM MENGURUS HUMAN CAPITAL DENGAN MEMASTIKAN PERBELANJAAN BERHEMAT DILAKSANAKAN SETANDING DENGAN PRESTASI PEGAWAI DAN KAKITANGAN. DALAM HUBUNGAN INI KITA TIDAK BOLEH BERTOLAK ANSUR LAGI DENGAN ASPEK DISIPLIN DALAM BEKERJA. KADANG-KADANG KITA LUPA APA YANG TELAH KITA TERIMA DARIPADA YP BERBANDING SUMBANGAN KITA KEPADA YP. CERMINLAH SEMULA DIRI KITA ADAKAH KHIDMAT YANG TELAH KITA BERIKAN SELAMA INI MEMADAI ATAU SETIMPAL DENGAN IMBUHAN YANG KITA BAWA BALIK?? PENGURUS-PENGURUS BAHAGIAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA MEMANTAU PRESTASI KAKITANGAN MASING-MASING DENGAN SENTIASA MEMBERIKAN TEGURAN DAN PANDUAN. SEBAGAI PENGURUS DI MANAKAH WISDOM DAN MATLAMAT TUAN-TUAN??

26. SAYA TERTARIK DENGAN SATU LAGI UNGKAPAN YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI IAITU:

"JARUM JAM TIDAK BOLEH DIPUTAR KEMBALI DAN KEMAJUAN PULA TIDAK BOLEH DIHENTIKAN. NAMUN PERI PERLUNYA MENERIMA GLOBALISASI TIDAK MEMBAWA BERSAMANYA KEPERLUAN MUTLAK UNTUK MENERIMANYA SECARA TANPA SYARAT."

DUNIA YANG TANPA SEMPADAN KINI BERGERAK SEMAKIN PANTAS DENGAN PELBAGAI TRANFORMASI DAN TEKNOLOGI YANG CANGGIH. TANPA MODAL INSAN YANG BERKEBOLEHAN DAN BERILMU PENGETAHUAN MUSTAHIL DAPAT KITA MENGHARUNGI CABARAN YANG PENUH BERLIKU. JUSTERU YP PERLU PEKA DENGAN KEHENDAK PUTARAN MASA. PROGRAM-PROGRAM YANG DILAKSANAKAN HENDAKLAH DINILAI KEBERKESANANNYA MANAKALA PERANCANGAN AKAN DATANG HARUS DIKAJI DAN DITELITI SUPAYA KITA MAMPU BERSAING.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

27. BAGI TAHUN 2010 YP TELAH MENGENALPASTI EMPAT BIDANG KEBERHASILAN UTAMA (KRA) YANG BERLANDASKAN MISI PENUBUHAN YP IAITU UNTUK:

A. MENGGALAKKAN KEMAJUAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN SEBAGAI PEMANGKIN DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN NEGARA.

B. MEMPERLUASKAN PELUANG-PELUANG MENDAPAT PENDIDIKAN DAN LATIHAN YANG BERKUALITI; DAN

C. MENGGALAKKAN SERTA MEMBANTU PERKEMBANGAN DALAM BIDANG PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN, PERINDUSTRIAN, POLITIK, AKTIVITI KOMERSIL, SUKAN, SENI BUDAYA, EKONOMI DAN SOSIAL.

28. BERASASKAN "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" EMPAT KRA YP YANG PERLU DICAPAI ADALAH:

• PERTAMA, KEMAJUAN MELALUI BANTUAN PENDIDIKAN. YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI PERNAH BERKATA:
"SESEORANG ANAK YANG DATANG DARI KELUARGA MISKIN TIDAK KIRA DARI BANDAR ATAU LUAR BANDAR WALAU DARI ETNIK MANA SEKALIPUN JIKA TERNYATA MEMPUNYAI POTENSI SEMEMANGNYA BERHAK MENDAPAT BANTUAN KERAJAAN BERBANDING ANAK-ANAK GOLONGAN BERADA YANG SUDAH TENTU MEMPUNYAI PELUANG PENDIDIKAN YANG TERBAIK"

PADA TAHUN INI YP MENSASARKAN SERAMAI 42,000 PELAJAR AKAN MENDAPAT MANFAAT BANTUAN BIASISWA PERINGKAT SEKOLAH MANAKALA BANTUAN PINJAMAN PELAJARAN AKAN DISALURKAN KEPADA 3,000 PELAJAR DENGAN KRITERIA YANG MENGUTAMAKAN LATARBELAKANG SOCIO-EKONOMI KELUARGA DAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PELAJAR.

BAGI MELAMBAKKAN ANAK PAHANG DI MENARA GADING PROGRAM-PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN AKAN TERUS DIGIATKAN DENGAN MENETAPKAN 70 PERATUS PESERTA PROGRAM PUNCAK JAYA MENDAPAT TEMPAT DI MENARA GADING MANAKALA 90 PERATUS PESERTA JAWAB UNTUK JAYA PULA LAYAK MENDAPAT SIJIL (LMS) DALAM PEPERIKSAAN SPM.

• KRA KEDUA IALAH AKSES KEPADA PENDIDIKAN DAN LATIHAN BERKUALITI YANG MENEKANKAN KEPADA PEMBANGUNAN MODAL INSAN. IIC YANG ADA PADA HARI INI ALHAMDULILLAH TERUS BERKEMBANG DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR-PELAJAR DAN BILANGAN YANG MENINGKAT. SASARAN KITA UNTUK MEMBERIKAN LATIHAN DAN MENYEDIAKAN TEMPAT KEPADA 3,000 PELAJAR SAMADA DI BIDANG AKADEMIK MAHUPUN KEMAHIRAN MAMPU DILAKSANAKAN DENGAN NISBAH 2:1.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

• YP MENGGARISKAN BIDANG PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D), PERINDUSTRIAN, POLITIKAL, AKTIVITI EKONOMI DAN KOMERSIAL, SOSIAL, SUKAN DAN KEBUDAYAAN HENDAKLAH DIBERI BANTUAN DAN GALAKAN SEBAGAI KRA KETIGANYA.

TANGGUNGJAWAB YP SEMAKIN MELUAS DAN BERKEMBANG DENGAN KESEMUA PROGRAM DAN PRODUKNYA SEMAKIN DEKAT DI HATI RAKYAT BAHKAN MENJADI SEBUTAN PEMIMPIN-PEMIMPIN SERTA MENDAPAT PENGIKTIRAFAN KERAJAAN NEGERI. OLEH ITU RANTAIAN DAN HUBUNGAN ERAT PERLU DIPUPUK DENGAN KERAJAAN NEGERI SUPAYA WUJUD KERJASAMA DAN PENYELARASAN BERSEPADU DALAM SETIAP ASPEK PEMBANGUNAN NEGERI. BANTUAN-BANTUAN DALAM BENTUK PENAJAAN DAN KEWANGAN AKAN DISALURKAN KEPADA BADAN-BADAN, PERSATUAN-PERSATUAN ATAU MANA-MANA INSTITUSI UNTUK KEMAJUAN BERSAMA.

• AKHIRNYA KRA KEEMPAT IAITU PEMANTAPAN ORGANISASI AMAT SIGNIFIKAN DENGAN PENGLIBATAN SEMUA BAHAGIAN DAN KOMITMEN WARGA KERJA YP SELURUHNYA. SETIAP LANGKAH KITA UNTUK TAHUN 2010 INI NANTI AKAN DIUKUR MELALUI MEKANISME INI SUPAYA SETIAP SEORANG DARIPADA KITA TIDAK TERGELINCIR DARIPADA AMANAH YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN. UMUMNYA ORGANISASI YANG MANTAP ADALAH DISEBABKAN TADBIR URUSNYA YANG BAIK DAN BERKESAN. SETIAP PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PERLULAH BERTERASKAN PRINSIP INTEGRITI, AKAUNTABILITI, AMANAH, TELUS DAN PROFESIONAL SERTA PENUH DISIPLIN.

29. TAHUN INI BUKAN LAGI TAHUN UNTUK KITA BERFORUM DAN MERANGKA. KITA SEKARANG HENDAKLAH BERADA DALAM ACTION MODE. SUDAH TIBA MASANYA KITA BERTINDAK SEPERTIMANA YANG DIRANCANGKAN. BAGAIMANA UNTUK MENTERJEMAHKANNYA KEPADA REALITI ATAU HOW TO WALK THE TALK KITA HARUSLAH BERUSAHA DENGAN KERAS DAN GIGIH SUPAYA SETIAP PERANCANGAN KITA TERUTAMANYA DALAM MEMBANGUNKAN MODAL INSAN TIDAK TERGENDALA.

30. SELEPAS BERUSAHA DAN BERPUASHATI DENGAN PENCAPAIAN SERTA PERJALANAN OPERASI PENTADBIRAN KITA YP AKAN SECARA AKTIF MENDAPATKAN RECOGNITION DARIPADA PIHAK KETIGA. DENGAN PENGIKTIRAFAN DARIPADA PIHAK INI BARULAH KITA TAHU DI MANA KEDUDUKAN ATAU STANDARD KITA ADAKAH IA MENEPATI INDEKS YANG TELAH DITETAPKAN ATAU SEBALIKNYA. NAMUN MENGEJAR ANUGERAH BUKANLAH MATLAMAT UTAMA KITA BIARPUN KITA MENSASARKAN PADA TAHUN INI MENDAPAT STAR RATING YANG BAIK DARIPADA PIHAK KERAJAAN.

31. SEBAGAI PELAKSANA KEPADA KEMAJUAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK NEGERI MASYARAKAT SENTIASA INGIN TAHU MENGENAI PERKEMBANGAN DAN PRODUK KITA. JUSTERU BERITA-BERITA DAN INFORMASI MENGENAI PERANAN YP HENDAKLAH SENTIASA DIKEMASKINI DAN DITERIMA MAKLUM OLEH MASYARAKAT SELURUHNYA.

 

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

32. DI SEBALIK KEDUDUKAN KEWANGAN KITA YANG KETAT SEPANJANG TAHUN 2009 KITA HARUS BERSYUKUR KERANA MASIH DAPAT MENANGANINYA DENGAN BEGITU BERSTRUKTUR DAN BAIK. KITA MAMPU MENCAPAI KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN MALAH AKTIVITI BANTUAN PENDIDIKAN DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN SEMPURNA DAN TERATUR TANPA DISEKAT ATAU DIKURANGKAN WALAU SEDIKIT JUMLAH BANTUANNYA.

33. PELUASAN LADANG SAWIT YANG DIURUSKAN OLEH YPPH JUGA BERJALAN BAIK. SEHINGGA KINI KELUASAN LADANG YANG TELAH DIBANGUNKAN MENCECAH HAMPIR 50,000 EKAR DARIPADA SASARAN 100,000 EKAR. YPPH YANG SEPATUTNYA MEMBAYAR DIVIDEN DAN SEWA PAJAK KEPADA YP BERMULA TAHUN 2012 TELAHPUN MENJELASKANNYA KEPADA YP BERMULA PADA TAHUN LEPAS LAGI.

34. SEBAGAI ANAK SYARIKAT MILIK PENUH YP YPPH PADA KETIKA INI BERADA PADA LANDASAN YANG TEPAT DALAM MENJANA PENDAPATAN BERTERUSAN UNTUK YP. DARI ASPEK KESERAGAMAN PROSEDUR PADA TAHUN LEPAS YPPH TELAH MENDAPAT SIJIL ISO 9001:2008 UNTUK LIMA LADANG YANG DIUSAHASILKANNYA DAN AKAN DIPERLUASKAN LAGI SECARA BERPERINGKAT KEPADA KESELURUHAN LADANGNYA PADA TAHUN 2010.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

35. KECEMERLANGAN AKADEMIK MENJADI UKURAN KEPADA PENCAPAIAN MAAHAD TAHFIZ INI. PADA TAHUN 2009 SERAMAI 22 PELAJARNYA TELAH MENDAPAT KEPUTUSAN SPM YANG BAIK DAN BERJAYA MENEMPATKAN DIRI DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM TERMASUK TIGA PELAJARNYA MENGIKUTI PROGRAM PERUBATAN DI MESIR. PRESTASI DI DALAM PEPERIKSAAN PMR BARU-BARU INI JUGA AMAT MEMBANGGAKAN APABILA 93 PERATUS DARIPADA 28 PELAJARNYA MENDAPAT KEPUTUSAN 8A KE ATAS.

36. BAGI PROGRAM DIPLOMA PULA MAAHAD TAHFIZ MENGGUNGGULI KEDUDUKAN TERATAS DENGAN MEMPEROLEH 60 PERATUS KEPUTUSAN IMTIYAZ MENGATASI LAIN-LAIN MAAHAD KERAJAAN NEGERI TERMASUKLAH DARUL QURAN SENDIRI.

 

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

37. SEMENTARA ITU, IIC YANG MEMBANGUNKAN 14 PROGRAM PENGAJIAN SENDIRI TELAH MENCATATKAN PENDAFTARAN PELAJAR YANG AGAK BAIK IAITU SERAMAI 2,071 ORANG PADA SESI PENGAJIAN YANG LEPAS. SELAIN MENERIMA SIJIL ISO 9001:2008 PADA TAHUN 2009 PENCAPAIAN PELAJAR IIC JUGA ADALAH MEMUASKAN DENGAN 92 PERATUS DARIPADANYA MELEPASI TAHAP KELULUSAN AKADEMIK SEPERTI YANG DITETAPKAN OLEH PIHAK KOLEJ. SETERUSNYA EMPAT GRADUAN UNIVERSITY OF YARMOUK TELAH MENERIMA BIASISWA PENUH MELANJUTKAN PENGAJIAN PASCA SISWAZAH DARIPADA INCEIF BANK NEGARA MALAYSIA. PADA MASA YANG SAMA JUGA IIC TELAH DIBERIKAN KEPERCAYAAN OLEH KERAJAAN UNTUK MENGENDALIKAN PROGRAM TRAIN AND PLACE BAGI KAWASAN PEMBANGUNAN ECER DENGAN GERAN SEBANYAK 1.5 JUTA RINGGIT BARU-BARU INI.

38. INSYAALLAH IIC SEKARANG KE ARAH UNTUK DINAIKTARAF SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI. ADALAH TIDAK MUSTAHIL UNTUK KITA MENCONTOHI KEJAYAAN DAN KEUNGGULAN UNIVERSITY OXFORD YANG AMAT MAHSYUR DI SERATA DUNIA. KEUNGGULANNYA SELAMA LEBIH 900 TAHUN BERTAHAN SEBAGAI ANTARA UNIVERSITI TERBAIK ADALAH DISEBABKAN BEBERAPA FAKTOR YANG PERLU KITA KAJI DAN TELITI.

39. ANTARA KEJAYAAN UNIVERSITI INI ADALAH SECARA MENEMPATKAN KOLEJ-KOLEJ PENGAJIANNYA DITADBIR SECARA AUTONOMI DENGAN PROGRAM-PROGRAM PENYELIDIKAN MENJADI TERAS UTAMA PENGAJIAN, MENGAMALKAN TUTORIAL SECARA BERSEMUKA DALAM SKALA YANG KECIL SERTA SENTIASA MEMBUDAYAKAN HUBUNGAN YANG AKRAB DENGAN PENDUDUK SETEMPAT.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

40. GABUNGAN DAN KOMITMEN BAIK ANTARA YP DAN SYARIKAT-SYARIKAT ANAK INI TELAH MEMANGKINKAN YP SEBAGAI SEBUAH ORGANISASI YANG MANTAP DAN KONSISTEN BAGI MEMENUHI VISI DAN MISI PENUBUHANNYA. DENGAN MEMPOSISIKAN YPPH SEBAGAI " INCOME GENERATING BODY" SAYA YAKIN YP MAMPU MEMBANTU KERAJAAN MEMBANGUNKAN KUALITI DAN KUANTITI PENDIDIKAN NEGERI INI MELALUI PROGRAM-PROGRAM KECEMERLANGAN, MENYEDIAKAN BIASISWA DAN PINJAMAN PELAJARAN SERTA MELUASKAN PELUANG PENDIDIKAN MENERUSI PENUBUHAN IIC DAN MAAHAD TAHFIZ.

41. SEMUA PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN INI TIDAK AKAN TERCAPAI JIKA TIADA SOKONGAN DAN BIMBINGAN DARIPADA YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR DATO' SRI HAJI ADNAN BIN HAJI YAAKOB DAN SELURUH AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YP. KITA AMAT BERTUAH KERANA MEMPUNYAI PEMIMPIN YANG AMAT MENITIKBERATKAN PELAJARAN ANAK-ANAK DAN MEMBERIKAN PERHATIAN YANG TIDAK BERBELAH BAGI TERHADAP PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK PELAJAR NEGERI INI.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

42 SEPANJANG TAHUN 2009 BEBERAPA PENCAPAIAN DAN PROGRAM TELAH KITA JAYAKAN, ANTARANYA:

• PENGANJURAN PESTA SUKAN ANTARA YAYASAN NEGERI SE-MALAYSIA KE-10 (PESAYA X) YANG MELIBATKAN 1,000 PESERTA DARIPADA 12 KONTINJEN YAYASAN NEGERI DAN KITA TELAH MENJADI JOHAN BUAT JULUNG KALINYA SEJAK 20 TAHUN YANG LALU;

• TUAN RUMAH PERHIMPUNAN PERDANA MAJLIS BEKAS WAKIL RAKYAT (MUBARAK) PERINGKAT KEBANGSAAN YANG MENGHIMPUNKAN SERAMAI HAMPIR 1,000 BEKAS-BEKAS WAKIL RAKYAT SELURUH MALAYSIA;

• PROGRAM SEJENAK BERSAMA MANTAN PERDANA MENTERI YANG AMAT BERHORMAT TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD;

• PROGRAM MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ PERINGKAT KEBANGSAAN YANG TELAH MENGHIMPUNKAN LEBIH 150 PESERTA DAN PENCERAMAH DALAM DAN LUAR NEGARA;

• PROGRAM PALESTINE RIDE DAN 100,000 EMAILS FROM PAHANG STUDENTS TO PRESIDENT OBAMA;

• SERTA YANG TERBARU YP TELAH DIPILIH MENJADI LOKASI PAMERAN DINOTREK 2 SELAMA TUJUH BULAN ANJURAN PETRONAS YANG BERMULA NOVEMBER 2009.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

43. DALAM KITA MEMBANTU ANAK-ANAK PELAJAR DAN MASYARAKAT ORGANISASI KITA JUGA PENTING UNTUK DIGILAP DAN DIMANTAPKAN DENGAN NILAI-NILAI LUHUR. KITA MAHU MELAHIRKAN KAKITANGAN YANG BERHEMAH TINGGI, BERDISIPLIN, BERKETRAMPILAN DAN BERUPAYA MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG PROFESIONAL KEPADA MASYARAKAT.

44. PENEKANAN TERHADAP ASPEK MENINGKATKAN PENGETAHUAN, KECEKAPAN, KOMPETENSI DAN AKAUNTABILITI DI KALANGAN KITA JUGA ADALAH PENTING BAGI MEMASTIKAN SISTEM PENYAMPAIAN KITA TIDAK TERJEJAS. KONSEP ZERO FACE TO FACE INTERACTION IAITU PERKHIDMATAN TANPA BERSEMUKA AKAN CUBA KITA PERKENALKAN BAGI MENINGKATKAN LAGI KUALITI PERKHIDMATAN KITA.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

45. ALLAHYARHAM TAN SRI AZIZAN ZAINUL ABIDIN MANTAN PENGERUSI DAN CEO PETRONAS SEBAGAI CONTOH BERUSAHA MENERAPKAN NILAI-NILAI MURNI DALAM DIRI SETIAP KAKITANGANNYA DALAM USAHA MENJADIKAN PETRONAS SEBAGAI SEBUAH BADAN KORPORAT YANG BERJAYA DAN CEMERLANG. HASILNYA USAHA BELIAU MENERAPKAN 4 NILAI-NILAI LOYALTY, PROFESSIONALISM, INTEGRITY DAN COHESIVENESS INI BERJAYA MERESAP KE DALAM DIRI SETIAP KAKITANGANNYA DALAM MELAKSANAKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA. LIHATLAH KEJAYAAN DAN KEGEMILANGAN YANG DIKECAPI PETRONAS SEKARANG.

46. SELAIN MEMPUNYAI SISTEM KERJA YANG BAIK UNTUK MENJADIKAN ORGANISASI KITA BERGERAK LEBIH BERKESAN KITA MESTILAH MENYEMAI NILAI-NILAI MULIA ATAU LEBIH JELAS SAYA SANGAT BERHARAP UNTUK MEMUPUK NILAI-NILAI MURNI SEINDAH AKHLAK RASULULLAH SAW IAITU SIDDIQ, FATHONAH, AMANAH DAN TABLIGH DALAM DIRI KITA SEMUA. INSYAALLAH KEEMPAT-EMPAT NILAI INI AKAN MELENGKAPI PAKEJ KITA SEBAGAI INDIVIDU YANG LUHUR DAN BAIK PEKERTI DALAM DIRI KITA SEMUA.

47. WARGA KERJA YANG AMANAH AKAN MELAKUKAN TUGASNYA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA TANPA MENGHARAPKAN IMBUHAN DAN BALASAN. MALAH JIKA SIFAT AMANAH ADA DALAM DIRI TIDAK AKAN WUJUDLAH SEBARANG PENYELEWENGAN, RASUAH, SALAH GUNA KEDUDUKAN DAN SEBAGAINYA. MEMILIKI SIFAT FATHONAH PULA AKAN MENJADIKAN KITA SENTIASA BIJAKSANA DALAM SETIAP TINDAKAN, BERFIKIRAN POSITIF DAN RASIONAL DEMI KEBAIKAN ORGANISASI SELAIN MEMPUNYAI SIFAT TELUS, BERHEMAH DAN PENUH INTEGRITI SUPAYA KITA SENTIASA DIPERCAYAI DAN CAKAP KITA DIDENGARI.

48. KITA JUGA HARUSLAH SENTIASA RAJIN BERUSAHA, KOMITED DAN TELITI DALAM MEMBUAT SESUATU PERKARA SEBELUM IA DILAKSANAKAN. SEKIRANYA KRITIKAN ATAU TEGURAN DILEMPARKAN TERIMALAH DENGAN POSITIF DAN HATI TERBUKA DEMI KEBAIKAN ORGANISASI. SETIAP LANGKAH DAN PERBUATAN HENDAKLAH DISULAMI DENGAN KELUHURAN DAN KEBENARAN. JANGANLAH ADA DALAM DIRI KITA SIKAP BOHONG, MALAS, BONGKAK, EGO DAN MENINGGI DIRI SERTA MENANAM RASA BENCI TERHADAP SESAMA KITA DAN ORGANISASI.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

49. SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN PERKONGSIAN IDEA ATAU PERCAMBAHAN ILMU DI ORGANISASI INI. DENGAN ADANYA ´KNOWLEDGE SHARING´ DI KALANGAN KITA SAYA PERCAYA AKAN DAPAT MENDORONG KITA SEMUA MELAKUKAN PERKARA YANG BETUL DAN BERTINDAK SECARA MUNASABAH UNTUK KEPENTINGAN ORGANISASI. BIASANYA KITA MENDENGAR JAWATAN CEO, CIO ATAU CFO TAPI SUDAH WUJUD SEBENARNYA JAWATAN CKO ATAU ´CHIEF KNOWLEDGE OFFICER´ DI SYARIKAT-SYARIKAT BESAR ATAU MULTINATIONAL COMPANY. INI MENGGAMBARKAN PERI PENTINGNYA ILMU PENGETAHUAN DIURUS SECARA BIJAK DAN TERATUR DALAM SESEBUAH ORGANISASI.

50. APABILA WUJUD BUDAYA INI MAKA AKAN LAHIRLAH 'K-SOCIETY' DI PEJABAT KITA INI. DALAM HAL INI PELAKSANAAN PROSEDUR ATAU SISTEM KERJA BERASASKAN TEKNOLOGI AKAN LEBIH MUDAH DAN BERTAMBAH BAIK SETERUSNYA MENINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN KITA.

51. UNTUK MAKLUMAN SEMUA PELAN STRATEGIK ICT YP KINI BERADA DI FASA KEEMPAT IAITU E-PUSAT PENGETAHUAN. PADA TAHUN INI BEBERAPA LANGKAH MEMANTAPKAN DAN MEMPERKASAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT AKAN DILAKSANAKAN ANTARANYA:

• MENAIKTARAF SERVER UTAMA BAGI MENAMPUNG PENINGKATAN DATA DAN PENGGUNAAN ICT DI YP;

• MENAIKTARAF RESOURCE CENTRE DENGAN MENAMBAH BILANGAN BAHAN RUJUKAN SERTA MENGAPLIKASI PENGGUNAAN ONLINE DALAM PENCARIAN MAKLUMAT;

• MENGGUNAKAN SISTEM KEWANGAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN YANG BARU SEPENUHNYA;

• MENGAKTIFKAN SISTEM TERBUKA (OPENSOURE) SECARA BERPERINGKAT; DAN

• MEMBUDAYAKAN PENGGUNAAN E-PORTAL DAN PAPERLESS DI KALANGAN KITA SEMUA.

SAYA BERHARAP PELAN STRATEGIK ICT YANG MERANGKUMI TUJUH FASA INI AKAN MENJADI PEMANGKIN KPEADA USAHA-USAHA YP UNTUK MENJADI ORGANISASI BERPRESTASI TINGGI.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

52. DALAM KESIBUKAN KITA MELAKSANAKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN JANGAN PULA KITA LUPA TERHADAP KEPENTINGAN KESIHATAN SERTA TANGGUNGJAWAB KEPADA KELUARGA. SAYA SUKA MENASIHATKAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMUA AGAR MELIBATKAN DIRI DI DALAM AKTIVITI-AKTIVITI LUAR BERSAMA MASYARAKAT SUPAYA DAPAT MEMBUKA MINDA KITA.

53. DAYA PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF YANG DIPERLUKAN DI DALAM AKTIVITI-AKTIVITI TERTENTU BOLEH MEMBANTU MELATIH KITA BERFIKIRAN POSITIF DAN TERBUKA, SENTIASA BERFIKIR BEBERAPA LANGKAH KE HADAPAN DAN BERSEDIA MELAKUKAN PERUBAHAN MENGIKUT KEPERLUAN SEMASA. INI PASTINYA AKAN MELAHIRKAN GENERASI YANG SIHAT DAN MEMPUNYAI MINDA KELAS PERTAMA DAN AKHIRNYA AKAN LAHIRLAH WARGA KERJA YANG PROFESIONAL DAN DIKAGUMI.

ORANG BERTANI MENANAM TEBU,
SAMPAI MASANYA BOLEH DIMAKAN,
SALAH SILAP TAHUN YANG LALU,
JANGAN DIBAWA KE TAHUN DEPAN.

BUAH KERANJI SI BUAH KURAN,
RASANYA TIDAK SEMASAM BELIMBING,
TAKKAN BERJAYA SESEORANG INSAN,
JIKA HIDUPNYA SENTIASA DIBIMBING.

54. SEKIAN, SELAMAT TAHUN BARU DAN SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA.

WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

 

Anak Syarikat

Bank Pembayaran Online

cimbcliksmaybankposonline

 

Hiperangkai

mygovernmentkptmjpamscmampu2mylineportal diraja fgic           


Pautan Pantas

Perkhidmatan Atas Talian

sispenhrmis semakan laporanmampan bkmb1BSM1 perhatiBSR

qrcodenew1