Dua fungsi utama menjadi tanggungjawab bahagian ini iaitu pertama; mengurus, mengendali dan mengawal aliran tunai serta melaksanakan kerja-kerja pengawalan kos dan perbelanjaan bagi keseluruhan kumpulan Yayasan Pahang seterusnya menepati konsep perbelanjaan berhemah. Fungsi kedua adalah mengurus kutipan bayaran balik pinjaman pendidikan bagi menjana semula hasil dana yang diperolehi untuk dimanfaatkan kepada lebih ramai lagi anak-anak Pahang mendapatkan peluang-peluang pendidikan hingga ke peringkat tertinggi.