PROGRAM SEMARAK USAHA DAN IMPIAN KE UNIVERSITI (PrSUIT) |
|
|
Program yang diilhamkan bermula tahun 2012 untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai kemampuan sederhana dari segi akademiknya agar mereka layak melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta. |
|
|
Pengisian program meliputi bengkel pemantapan akademik, seminar kerjaya dan pendedahan berkaitan kursus/program serta kelayakan permohonan masuk ke IPT. Program ini dijalankan di seluruh daerah dalam negeri Pahang. Setiap tahun lebih 700 pelajar menyertai program ini dan 84% daripadanya berjaya melanjutkan pengajian ke IPT awam ataupun swasta. |
|
|
|
|