twitter2

 

1. Siapakah yang layak memohon Biasiswa Sekolah Menengah (BSM):-
  1. Murid-murid yang berada dalam Tingkatan 1, 4 dan 6 Rendah.
  2. Sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Berasrama Penuh/ Kolej Vokasional / Sekolah Teknik / Sekolah Menengah Agama / Sekolah Menengah Agama Negeri / Sekolah Menengah Agama Rakyat / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang Darul Makmur
       
2. Siapakah yang layak memohon Biasiswa Sekolah Rendah (BSR)
  1. Murid-murid yang berada dalam tahun 4, 5 dan 6.
  2. Kumpulan sasar adalah anak-anak dari keluarga miskin/daif dengan pendapatan keluarga di bawah paras RM2,000 sebulan
  3. Anak Negeri Pahang Darul Makmur atau
    1. Kedua-dua ibu bapa/bapa atau ibu berasal dari Negeri Pahang Darul Makmur dan Pelajar dan kedua-dua ibu bapa menetap di Negeri Pahang Darul Makmur atau
    2. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah dibawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan.
    3. Pemohon yang berasal daripada keluarga miskin yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
    4. Pendapatan ibu dan bapa tidak melebihi RM2,000/bulan dengan tanggungan sekurang-kurangnya tiga anak bersekolah.
       
3. Apakah kadar tajaan Biasiswa Sekolah Menengah/Rendah (BSM/BSR).
  1. Bagi Tingkatan 1 hingga 6 adalah RM600 setahun.
  2. Bagi Tahun 4, 5 dan 6 adalah RM300 setahun.
     
4. Siapakah yang layak memohon Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang.
  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    a) Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang; ATAU
    b) Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Yang Dilantik Oleh Yayasan Pahang / Pegawai Daerah / Penghulu Mukim.
    c) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
  2. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul.
  3. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
  4. Mendapat tempat / tawaran dari IPT mengikut kategori yang ditetapkan oleh Yayasan Pahang.
     
  *Tertakluk Kepada Iklan Permohonan Pinjaman Pendidikan YP Dari Semasa Ke Semasa
     
5. Apakah program yang ditaja oleh YP.
  Pelajar yang mendapat tempat/tawaran di Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berikut:-
   
  RUJUK TAJAAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG
     
  *Tertakluk Kepada Iklan Permohonan Pinjaman Pendidikan YP Dari Semasa Ke Semasa
     
6. Apakah bantuan-bantuan yang disediakan oleh YP selain daripada bantuan biasiswa atau pinjaman.
  1. Dermasiswa Pelajar Miskin bagi pelajar IPTA/S dan Sek. Men./Ren.
  2. Geran Pra Siswazah dan Pasca Siswazah
     
7. Apakah anugerah-anugerah yang diberikan oleh YP bagi menggalakkan kecemerlangan pelajar di dalam pendidikan.
  1. Hadiah Pelajar Cemerlang (HPC)
    a) Pelajar cemerlang bagi setiap kategori peperiksaan awam dianugerahkan Hadiah Pelajar Cemerlang (HPC) seperti berikut :
kriteria
    b) Pelajar mestilah sedang belajar di Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) / Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) / Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Berasrama Penuh/ Kolej Vokasional / Sekolah Teknik / Sekolah Menengah Agama / Sekolah Menengah Agama Negeri / Sekolah Menengah Agama Rakyat / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang Darul Makmur
       
8. Bagaimanakah cara untuk saya membuat bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang?
  Bayaran balik boleh dilakukan melalui kaedah berikut:
  1. Kaunter Yayasan Pahang di Kompleks Tanjung Lumpur atau di kaunter Yayasan Pahang di UTC Yayasan Pahang secara tunai atau melalui VISA/MASTERCARD/ AMERICAN EXPRESS/ MYDEBIT/MEPS
   
  2. Pembayaran atas talian seperti :
    a) CIMB CLICK - http://www.cimbclicks.com.my
(sila klik di 'Pay Bills, Enter Billers Name, Yayasan Pahang')
    b) Maybank2U - http://www.maybank2u.com.my
(sila klik di 'Account & Banking, Education Loan, Yayasan Pahang')
    c) JomPay
Melalui perbankan internet atau telefon mudah alih dengan akaun semasa atau simpanan (Biller Code: 48538, Ref-1: No KP Peminjam, Ref 2: No. Telefon Peminjam)
    d) Potongan gaji. (Rujuk Unit Bayaran Balik YP)
    e) Pengeluaran Akaun 2 dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 
(Rujuk Unit Bayaran Balik YP)
    f) POS ONLINE (Pej.Pos Daerah) (No Akaun:0601-0725226-05-5)
    g) KIRIMAN WANG/WANG POS/CEK/BANK DRAF atas nama Tabung Pendidikan dan Kebajikan Yayasan Pahang (TAPEN)
       
9. Bolehkah saya mengeluarkan akaun 2 KWSP saya untuk bayaran balik pinjaman YP?
  Ya, boleh. Pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP boleh dilakukan bagi tujuan bayaran balik pinjaman dengan menghubungi pihak Unit Bayaran Balik Yayasan Pahang untuk mendapatkan pengesahan penyata baki dan syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP . Pengeluaran ini hanya untuk pengajian Diploma dan ke atas sahaja.
       
10. Bolehkah saya mengeluarkan akaun 2 KWSP saya untuk bayaran balik pinjaman YP sedangkan saya gagal dalam pengajian atau berhenti pengajian?   
  Ya, boleh. Pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP boleh dilakukan bagi tujuan bayaran balik pinjaman walaupun gagal atau berhenti pengajian dengan syarat pengajian Diploma dan ke atas .Peminjam perlu menghubungi pihak Unit Bayaran Balik Yayasan Pahang untuk mendapatkan pengesahan penyata baki dan syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP.
       
11. Kenapa saya tidak dapat resit bayaran? 
  Resit bayaran diberikan kepada peminjam yang membayar bayaran di kaunter YP di UTC dan Kompleks Yayasan Pahang sahaja. Resit pembayaran melalui pembayaran online boleh disemak/dicetak secara atas talian (online) di laman web rasmi Yayasan Pahang.
  https://sispen.yp.org.my/BayaranBalikPinjaman.aspx  
  Masukkan no kad pengenalan peminjam tanpa dash ('-") sebagai ID dan Kata Laluan untuk log in sistem tersebut.  
       
12. Bagaimana saya hendak semak baki pinjaman bayaran balik saya?  
  Baki pinjaman bayaran balik(Penyata Baki) boleh disemak/dicetak secara atas talian (online) di laman web rasmi Yayasan Pahang.
  https://sispen.yp.org.my/BayaranBalikPinjaman.aspx
  Masukkan no kad pengenalan peminjam tanpa dash ('-") sebagai ID dan Kata Laluan untuk log in sistem tersebut.
       
13. Kenapa saya masih dapat peringatan sedangkan saya aktif bayaran balik?
  Jika peminjam masih mempunyai tunggakan peminjam akan sentiasa mendapat peringatan walaupun aktif membuat bayaran. Sila hubungi pihak unit bayaran balik untuk membuat perbincangan.
       
14.  Kenapa saya tidak mendapat apa-apa surat berkenaan bayaran balik?  
  Selain dari surat, Unit Bayaran Balik juga menghubungi peminjam melalui SMS, Email atau Whatsapp. Jika pihak Unit Bayaran Balik menghantar surat/notis melalui pos dan peminjam tidak dapat surat tersebut kemungkinan besar surat tersebut tidak dituntut di pejabat pos atau alamat peminjam sudah bertukar tanpa pemakluman kepada YP atau mengemaskini di laman web rasmi YP. Sehubungan itu, adalah dinasihatkan peminjam sentiasa mengemaskini maklumat terkini (Data Asas) seperti Alamat, Nombor Telefon, Alamat Email, Pekerjaan dan Gaji di laman web Yayasan Pahang. 
  https://sispen.yp.org.my/BayaranBalikPinjaman.aspx
       
15. Apakah medium yang terbaik sekiranya terdapat soalan yang perlu diajukan untuk pihak YP?
  1. Sila ajukan pertanyaan anda melalui talian kami di 09-5181800 atau terus berhubung dengan kami melalui email di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
     
     

Subsidiaries

kypMTNPYPPH

Online Payment Bank

cimbcliksmaybankposonline

 

Hyperlink

mygovernmentkptmjpamscmampu2mylineportal diraja fgic           


Quick Link

Online Services

sispenhrmis semakan laporanmampan bkmb1BSM1 perhatiBSR

qrcodenew1