Biasiswa Kecemerlangan Sukan
Biasiswa ini diberikan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang mengikuti pengajian di sekolah Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). | ||
Hanya 3 buah sekolah sukan yang ditaja iaitu: | ||
i. | Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) | |
ii. | Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) | |
iii. | Sekolah Sukan Gambang | |
Tajaan ini hanya diberikan kepada pelajar-pelajar yang belum menerima mana-mana bantuan/biasiswa dari mana-mana pihak. Kadar pemberian biasiswa ini adalah sebanyak RM1000 setahun dan pelaksanaan adalah mulai tahun 2005. Pada tahun 2016, Jumlah Biasiswa Kecemerlangan Sukan ini telah dinaikkan daripada RM500 kepada RM1000. | ||