twitter2

BIASISWA DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN

Program ini mula diperkenalkan pada tahun 1996 bertempat di Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan dengan kerjasama Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM). Mulai Julai 2006, program ini dipindahkan ke kampus baru di Tanjung Lumpur, Kuantan. Tempoh pengajian adalah selama 3 tahun dan program ini diwujudkan bertujuan untuk melahirkan Huffaz, Qurra' dan Du'at yang mahir lagi berketrampilan selaras dengan keperluan ummah dan negara.
       
Kelayakan Memohon
       
1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:
  a. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur atau
  b. Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk
terus menetap di Negeri Pahang, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Yang Dilantik
oleh Yayasan Pahang/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim.
  c. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
       
2. Telah mendapat tawaran mengikuti program Diploma Tahfiz di Maahad
Tahfiz Negeri Pahang.
       
3. Mempunyai sahsiah diri yang baik, berpersonaliti unggul dan taraf
Kesihatan yang baik.

KADAR PENAJAAN

Kadar Penajaan - RM1,200/sebulan

 

 

Subsidiaries

kypMTNPYPPH

Online Payment Bank

cimbcliksmaybankposonline

 

Hyperlink

mygovernmentkptmjpamscmampu2mylineportal diraja fgic           


Quick Link

Online Services

sispenhrmis semakan laporanmampan bkmb1BSM1 perhatiBSR

qrcodenew1