twitter2

Program Peningkatan P&P Pendidikan Khas (PrKasih)

PROGRAM PENINGKATAN P&P PENDIDIKAN KHAS (PrKasih)
 
Program yang dilhamkan untuk membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas dalam negeri Pahang. Keperluan kemahiran terapi oleh guru-guru pendidikan khas digarap bagi membantu peningkatan tahap pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas.
 
 

Program Semarak Usaha dan Impian ke Universiti (PrSUIT)

PROGRAM SEMARAK USAHA DAN IMPIAN KE UNIVERSITI (PrSUIT)
   
Program yang diilhamkan bermula tahun 2012 untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai kemampuan sederhana dari segi akademiknya agar mereka layak melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta.
   
Pengisian program meliputi bengkel pemantapan akademik, seminar kerjaya dan pendedahan berkaitan kursus/program serta kelayakan permohonan masuk ke IPT. Program ini dijalankan di seluruh daerah dalam negeri Pahang. Setiap tahun lebih 700 pelajar menyertai program ini dan 84% daripadanya berjaya melanjutkan pengajian ke IPT awam ataupun swasta.
   
   

Program Perancangan Harus Lulus (PERHALUS)

PROGRAM PERANCANGAN HARUS LULUS (PERHALUS)
   
Program ini diwujudkan pada tahun 2014 untuk memberi fokus kepada pelajar yang gagal mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang merupakan mata pelajaran wajib lulus untuk mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Modul PERHALUS ini dibangunkan oleh guru-guru pakar di negeri Pahang . Usaha PERHALUS adalah membantu mereka untuk menguasai kemahiran 2M (membaca, menulis) dan menjana idea untuk mengarang dan menjawab soalan dengan jayanya.
   
Pencapaian SPM 2015 PERHALUS berjaya membantu menempatkan negeri Pahang pada kedudukan kelima teratas berdasarkan pelajar yang Layak Mendapat Sijil dan Gred Purata Negeri.
 
 

Program Anak Yatim Permata Hati (PERHATI)

PROGRAM ANAK YATIM PERMATA HATI (PERHATI)
   
PERHATI diperkenalkan pada tahun 2010 memberi perhatian yang sewajarnya kepada anak yatim supaya mereka berjaya dalam pelajaran untuk membolehkan mereka meneruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi. Melibatkan semua pelajar anak yatim Tingkatan 5 di seluruh sekolah menengah di negeri Pahang. Setiap tahun hampir 2,000 pelajar anak yatim menyertai dan mendapat manfaat daripada program ini.  
   
Menekankan aspek utama dalam pencapaian akademik, kokurikulum, sahsiah dan kebajikan. Pencapaian program daripada 2,000 pelajar anak yatim yang menyertainya, 70% telah berjaya melanjutkan pengajian mereka ke peringkat tertiari.  
   
   

Subsidiaries

kypMTNPYPPH

Online Payment Bank

cimbcliksmaybankposonline

 

Hyperlink

mygovernmentkptmjpamscmampu2mylineportal diraja fgic           


Quick Link

Online Services

sispenhrmis semakan laporanmampan bkmb1BSM1 perhatiBSR

qrcodenew1