Tutup Tetingkap   X

PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG

Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Pinjaman Pendidikan YP bagi melanjutkan pengajian di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP bagi Sesi Februari 2016 , bermula 10 Februari 2016 (RABU).

Makluman lanjut mengenai Iklan, Arahan Mengisi Borang dan Syarat-Syarat Kelayakan Memohon sila rujuk di ruangan Pengumuman Laman Web ini.

Permohonan boleh dibuat secara online di http://sispen.yp.org.my atau boleh dicapai di ruangan 'Khidmat Atas Talian' di Laman Web ini.

 

PERINGATAN PENTING KEPADA PEMOHON :

Sila pastikan semua maklumat dalam ruangan-ruangan yang disediakan dalam permohonan secara online diisi dengan lengkap sebelum button 'hantar' ditekan. Borang Permohonan Online yang sudah selesai diisi dan dihantar melalui laman web ini, perlulah DICETAK (PRINT) secara hardcopy dan poskan ATAU dihantar sendiri ke YAYASAN PAHANG bersama-sama dokumen-dokumen yang telah disahkan benar sebelum atau pada 02 MAC 2016 (RABU).

Sila pastikan nombor telefon bimbit diisi dengan betul kerana pemakluman temuduga bagi yang layak akan dibuat melalui sms dan juga laman web YP.