Maklumat Biasiswa - Kelayakan Borang Permohonan PDF Cetak E-mail

BIASISWA SEKOLAH RENDAH (BSR)

Kelayakan Memohon

1. Anak Pahang ditakrif sebagai:-
1. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur tetapi KEUTAMAAN adalah kepada pemohon dan ibubapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
2. Ibubapa atau penjaga yang miskin dan daif dengan mempunyai tangunggan anak bersekolah yang ramai.
3. Biasiswa ini adalah diberikan kepada pelajar dari keluarga yang benar-benar miskin atau yang sedang mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), anak yatim, ibubapa atau penjaga uzur, cacat dan kurang upaya, ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termisikin (PPRT).
4. Sedang belajar di Sekolah Rendah di Negeri Pahang Darul Makmur.
5. Pendapatan ibu dan bapa atau penjaga tidak melebihi RM1,000 sebulan dengan tanggungan sekurang-kurangnya tiga anak bersekolah.
6. Pemohon dan ibubapanya yang lahir di luar Pahang dan ibubapanya yang bukan warganegara Malaysia TIDAK LAYAK MEMOHON.

 

BIASISWA SEKOLAH MENENGAH (BSM)

Kelayakan memohon

Pemohon dalam kategori berikut adalah layak memohon;

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:-
1. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur atau
2. Jika Pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang MESTI mengemukakan surat pengesahan bermastautin daripada Wakil Rakyat/Wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim.
3. Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
2. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan.
3. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kurang Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan rakyat Termiskin (PPRT) DIBERI KEUTAMAAN. Keutamaan turut diberikan kepada pelajar yang cemerlang akademik dan ko-kurikulum.
4. Pemohon sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Rakyat dalam Negeri Pahang Darul Makmur. (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang) selain dari MRSM.


Dikemaskini pada Rabu, 31 Mac 2010 07:42 Hits : 36497 times