Unit Kutipan Bayar Balik PDF Cetak E-mail


Unit ini bertanggungjawab untuk mengendali dan menguruskan segala hal yang berkaitan dengan bayaran balik pinjaman dan tindakan terhadap peminjam yang engkar.

Pembayaran balik pinjaman pendidikan ini adalah sangat penting bagi Yayasan Pahang untuk menjana semula pendapatan bagi meluaskan lagi aktiviti-aktiviti pendidikan termasuk tajaan kepada pelajar di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) hingga ke peringkat tertinggi; meningkatkan pemberian Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) dan Biasiswa Sekolah Rendah (BSR); meningkatkan pembiayaan program-program kecemerlangan, kebajikan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan.

Unit ini akan mengeluarkan surat tuntutan bayaran balik pinjaman pendidikan kepada peminjam sebaik sahaja menamatkan pengajian. Sementara peminjam pula dikehendaki untuk membuat bayaran balik mengikut fasa yang telah ditetapkan dalam tempoh enam bulan setelah tamat pengajian. Penangguhan bayaran hanya boleh dilakukan sekiranya peminjam menyambung pengajian ke peringkat tinggi dengan mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Yayasan Pahang.

KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG

TUNAI : i) Boleh dibuat di kaunter pembayaran, Kompleks Yayasan Pahang , 26060 Tanjung Lumpur, Kuantan.
ii) Terhad RM500 sahaja
iii) Waktu operasi dari jam 8.00 a.m hingga 4.30 p.m setiap hari kecuali Cuti Umum.
KIRIMAN WANG/WANG POS/CEK/BANK DRAF : Hendaklah ditulis di atas nama Tabung Pendidikan dan kebajikan YP (TAPEN). Sila tuliskan nama, nombor kad pengenalan, rujukan pinjaman dan alamat di belakangnya.
POTONGAN GAJI
: Mengisi borang potongan gaji yang boleh didapati di YP. Pihak YP akan menguruskan urusan pemotongan gaji.
PERBANKAN INTERNET : Layari laman web perbankan internet berikut untuk membuat bayaran:
i) Maybank - http://www.maybank2u.com.my
ii) CIMB - http://www.cimbclicks.com.my
iii) http://www.posonline.com.my

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

 

BORANG-BORANG

:

 

 

:

Tuan/puan dikehendaki untuk menghubungi KWSP bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran simpanan KWSP untuk menyelesaikan baki pinjaman pendidikan yang dibuat dengan Yayasan Pahang.

 

1.  Borang Tukar Syarat

2. Borang Penangguhan Bayaran

3. Borang Pelupusan Sakit @ Cacat

4. Borang Pelupusan Kematian

5. Borang Potongan Gaji

 

 

 

 

Dikemaskini pada Selasa, 21 Januari 2014 17:14 Hits : 60683 times