Kem Bahasa Inggeris PDF Cetak E-mail

Program Kem Bahasa Inggeris yang diperkenalkan pada tahun 2002 ternyata berjaya berdasarkan populariti dan permintaan bagi program ini. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi kesedaran pentingnya Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar tetapi juga kepada ibubapa agar dapat bersama-sama membantu anak-anak mereka dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.

Program ini telah juga dapat mendedahkan guru-guru Bahasa Inggeris yang dijemput mengikuti dan membantu program ini, dengan kaedah-kaedah pembelajaran yang lebih praktikal dan menarik berkonsepkan fun learning.

Bagi tahun 2007 penekanan akan diberikan kepada sekolah-sekolah luar bandar dan program ini diberi nama English Camp Incubator Programme. Disasarkan sebanyak 25 buah sekolah luar bandar untuk program ini.

Dikemaskini pada Selasa, 21 Julai 2009 15:30 Hits : 17460 times