Projek Intervensi Semua Subjek Satu A (PiSSA) PDF Cetak E-mail
Pengwujudan PiSSA merupakan satu usaha yang bernas dalam meningkatkan kualiti pencapaian peperiksaan pelajar-pelajar sekolah menengah. PiSSA satu program progresif merupakan satu kesinambungan pembaharuan produk pendidikan yang sediada iaitu JUJ. JUJ berteraskan untuk meningkatkan kuantiti pencapaian peperiksaan bagi pelajar-pelajar di Negeri Pahang keseluruhannya.

Manakala PiSSA pula bertujuan untuk meningkatkan kualiti pencapaian dan kecemerlangan iaitu semua subjek A dalam peperiksaan SPM di kalangan pelajar-pelajar. PiSSA yang bermula pada tahun 2003, hanya melibatkan sekolah-sekolah yang terpilih di daerah Kuantan dan Bentong bagi peringkat permulaan.

Dikemaskini pada Selasa, 01 September 2009 17:15 Hits : 14252 times