Geran Bantuan Pelajar ke IPT PDF Print E-mail
A. KRITERIA GERAN IPT YP 1.0
1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai;
i. Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ; atau
ii. Sekiranya pemohon dan Ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang, maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh YP.
iii. Hendaklah 2 orang daripada keluarga pemohon iaitu ibu atau bapa dan pemohon terdiri daripada warganegara Malaysia.
2. Pemohon mestilah terdiri daripada pemegang SPM/STPM/STAM tahun semasa.
3. Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi dengan melengkapkan borang yang disediakan serta melampirkan salinan dokumen yang telah disahkan benar. Permohonan hendaklah bagi kemasukan pertama kali ke IPTA/S secara sepenuh masa.
4. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web rasmi YP atau boleh didapati di kaunter perkhidmatan di Kompleks Yayasan Pahang atau di UTC.
5. Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta yang diluluskan oleh YP adalah seperti di bawah:
a) 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Peringkat Asasi/Pra Diploma/Sijil/Diploma):
1.   Universiti Malaya (UM)
2.   Universiti Sains Malaysia (USM)
3.   Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4.   Universiti Putra Malaysia (UPM)
5.   Universiti Malaysia Pahang (UMP)
6.   Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
7.   Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8.   Universiti Utara Malaysia (UUM)
9.   Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
13. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
b) 8 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi Asasi/Diploma:
1.   Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
2.   Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
3.   Universiti Multimedia (MMU)
4.   Universiti Teknologi Petronas (UTP)
5.   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)
6.   Universiti Industri Selangor (UNISEL)
7.   Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
8.   Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
c) Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia/Matrikulasi Kolej Swasta yang diiktiraf Kementerian Pelajaran Malaysia.
d) Kolej Antarabangsa IKIP dan IKIP Advanced Skills Centre bagi peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
e) Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
f) Kolej PSDC dan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
g) Sijil/Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
h) Kolej-kolej Swasta yang berdaftar dan diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan menjalankan program-program Diploma & Ijazah Sarjana Muda secara francais/usahasama/kawalselia/berkembar dengan universiti-universiti awam tempatan sahaja.
i) Kolej-kolej di bawah Kerajaan/Yayasan Negeri bagi peringkat Diploma dan Ijazah di seluruh Malaysia menepati syarat kriteria di para h).
j) Program persediaan ke luar negara tajaan Kerajaan (JPA/MARA/FELDA/PETRONAS dsb) seperti program South Australian Matriculation dan A-Level.
k) Sijil di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
l) Kolej Tuanku Abdul Rahman bagi peringkat Diploma.
m) Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bagi peringkat Diploma.
n) Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) bagi peringkat Foundation.
o) International College of Automotive (ICAM) bagi peringkat Diploma.

 

2. KRITERIA GERAN IPT YP 2.0

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai;
i. Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ; atau
ii. Sekiranya pemohon dan ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang, maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh YP.
iii. Hendaklah 2 orang daripada keluarga pemohon iaitu ibu atau bapa dan pemohon terdiri daripada warganegara Malaysia.

2. Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi tahun semasa secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) yang diluluskan oleh YP.

3. Keputusan peringkat asasi/matrikulasi/diploma dan yang setaraf dengannya mestilah minimum CGPA 2.80.
4. Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi dengan melengkapkan borang yang disediakan serta melampirkan salinan dokumen yang telah disahkan benar.
5. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web rasmi YP atau boleh didapati di kaunter perkhidmatan di Kompleks Yayasan Pahang atau di UTC.

6. Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta yang diluluskan oleh YP adalah seperti di bawah:
a) 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA):


1.   Universiti Malaya (UM)
2.   Universiti Sains Malaysia (USM)
3.   Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4.   Universiti Putra Malaysia (UPM)
5.   Universiti Malaysia Pahang (UMP)
6.   Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
7.   Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8.   Universiti Utara Malaysia (UUM)
9.   Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
13. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

b) Kolej Antarabangsa IKIP

c) Kolej PSDC
d) Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS)


3. KRITERIA GERAN YP 3.0

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai;
i. Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ; atau
ii. sekiranya pemohon dan ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang, maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh YP.
iii. Hendaklah 2 orang daripada keluarga pemohon iaitu ibu atau bapa dan pemohon terdiri daripada warganegara Malaysia.
2. Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran dan telah mendaftar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana (Master) / Kedoktoran (PhD) bagi tahun semasa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang diluluskan oleh YP.
3. Keputusan peringkat ijazah sarjana muda/Ijazah sarjana dan yang setaraf dengannya mestilah minimum CGPA 3.00.
4. Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi dengan melengkapkan borang yang disediakan serta melampirkan salinan dokumen yang telah disahkan benar.
5. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web rasmi YP atau boleh didapati di kaunter perkhidmatan di Kompleks Yayasan Pahang atau di UTC.
6. Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam yang diluluskan oleh YP adalah seperti di bawah :
a) 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) :
1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
6. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Universiti Utara Malaysia (UUM)
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
13. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

 

Last Updated on Monday, 16 December 2013 09:07 Hits : 154854 times