Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang PDF Cetak E-mail

Yayasan Pahang (YP) menawarkan Pinjaman Pendidikan bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP. Iklan permohonan akan dikeluarkan pada bulan Mei dan November atau pada bila-bila masa yang bersesuaian.

Kelayakan Memohon

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :
    1. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; ATAU
    2. Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Yang Dilantik Oleh YP/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim.
    3. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.

  2. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul.

  3. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

  4. Telah mendapat tempat/tawaran belajar di IPT mengikut kategori berikut:
    1. PERINGKAT SARJANA & PHD
      1. Mendapat tawaran di IPTA dan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YP.
      2. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Tinggi atau yang setaraf dengannya daripada universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan atau mempunyai kelulusan di peringkat Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja di peringkat Pengurusan dengan mendapat pengesahan daripada majikan. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda/Diploma.
    2. PERINGKAT SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA DI IPTA DAN IPTS

      (1)   Diploma Teknologi Elektronik, Diploma Elektrik Kuasa, Diploma Teknologi Komputer dan Diploma Kemahiran Malaysia di Kolej PSDC.

      (2)   Diploma di Politeknik.

      (3)   Diploma di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS).

      (4)   Diploma/Ijazah Sarjana Muda di UniKL bagi kursus-kursus selektif dan kritikal yang diluluskan oleh Yayasan Pahang.

      (5)   Sijil Profesional Kejuruteraan Senggaraan Pesawat (LWTR) di Malaysian Aviation Training Academy (MATA) Sdn Bhd.

      (6)   Sijil Penilaian Harta Tanah di Institut Penilaian Negara (INSPEN).

      (7)   Diploma/Ijazah Sarjana Muda Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)/Kursus Luar Kampus (KLK) dan Program Pembelajaran Fleksibel (FLP) anjuran IPTA dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YP.

      (8)   Ijazah Sarjana Muda Bagi Mengikuti Pengajian Dalam Bidang-Bidang Selektif & Kritikal (tahun pertama) bagi Ijazah Sarjana Muda di IPTA dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YP bagi bidang-bidang pengajian seperti berikut:

  • Perubatan/Pergigian/Farmasi
  • Kejuruteraan & Teknologi
  • Ekonomi & Kewangan Islam
  • Pelancongan & Warisan
  • Pertanian & Industri Halal
  • Perakaunan/Persijilan Profesional Perakaunan
  • TESL

3.  PERINGKAT SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA DI KOLEJ ANTARABANGSA IKIP

(1)   Ijazah Sarjana Muda IKIP-UUM/IKIP - UTM

(2)   Diploma IKIP-UTM

(3)   Diploma dan Pra Diploma IKIP-UiTM

(4)   Diploma IKIP-Inhouse

(5)   Sijil Kemahiran Perhotelan IKIP-HIAS Tahap 1, 2, 3 & 4

(6)   Sijil Kemahiran IKIP-MLVK Tahap 1,2, 3 & 4

 

4. PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA DI TIMUR TENGAH ( MESIR, MAGHRIBI DAN JORDAN)

(1)  Program Berkembar IKIP-Yarmouk, Jordan dalam bidang Syariah (Ekonomi dan Perbankan Islam). Program ini meliputi pengajian selama 2 tahun di Kolej IKIP dan 2 tahun di Universiti Yarmouk, Jordan.

(2) Bagi kategori ini, calon-calon yang layak perlu mengikuti Kursus Insentif Bahasa Arab (KIBA) anjuran YP selama 4 bulan sebagai persediaan sebelum ke Jordan. Iklan akan dikeluarkan selepas keputusan peperiksaan SPM/STAM diumumkan mengikut tahun semasa.

 

 

Dikemaskini pada Isnin, 10 Februari 2014 15:06 Hits : 148371 times