Dermasiswa Pelajar Miskin IPT PDF Cetak E-mail

Dermasiswa ini adalah bantuan kewangan bagi membantu dan mengurangkan beban pelajar dari keluarga miskin yang mengikuti pengajian di IPTA/S dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang.

Dermasiswa Pelajar Miskin IPT

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:-
    1. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur atau
    2. Pemohon atau ibubapa telah bermastautin lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin dari Penghulu atau Pegawai Daerah atau Wakil Rakyat setempat atau wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang.

  2. Tidak mendapat penajaan pinjaman/biasiswa dari mana-mana badan penaja.

  3. Sedang belajar di institusi pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

  4. Ibubapa atau penjaga yang miskin dan daif dengan mempunyai tanggungan anak bersekolah/pengajian tinggi yang ramai.

  5. Keutamaan kepada pelajar daripada keluarga miskin yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat/ibubapa/penjaga uzur, cacat/ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin(PPRT) diberi keutamaan.
Dikemaskini pada Selasa, 04 Ogos 2009 16:47 Hits : 26944 times