PDF Cetak E-mail

PERUTUSAN AWAL TAHUN 2011

 

PENGURUS BESAR YAYASAN PAHANG
YH DATO' HAJJAH SAARIAH BTE SAAD
DSAP., DIMP, SAP., AMP.

 

TARIKH:
7 JANUARI 2011

MASA:
9.00 PAGI

TEMPAT:
DEWAN UTAMA
KOMPLEKS YAYASAN PAHANG
TANJUNG LUMPUR, 26060 KUANTAN

 

 

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

TERIMA KASIH SAUDARA PENGACARA MAJLIS,

YANG BERUSAHA PENGURUS-PENGURUS BAHAGIAN, PENOLONG-PENOLONG PENGURUS, PEGAWAI-PEGAWAI DAN KAKITANGAN YAYASAN PAHANG YANG DIKASIHI SEKALIAN,

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SATU MALAYSIA.

1. MEMULAKAN PERUTUSAN TAHUN BARU PADA PAGI YANG PERMAI INI MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMANJATKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH S.W.T. KERANA ATAS LIMPAH RAHMATNYA KITA MASIH BERADA DI BUMI YANG FANA INI MENERUSKAN IBADAH DAN MENGGALAS TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN. SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD S.A.W. SERTA SEKALIAN PARA SAHABAT AHLUL-JANNAH YANG TELAH SYAHID MENINGGALKAN KITA.
2. TANPA KITA SEDARI DAN BEGITU CEPAT SEKALI WAKTU BERPUTAR KITA TELAH MELANGKAH KE TAHUN BARU 2011. BEGITU BANYAK PENGALAMAN DAN KENANGAN SUKA DUKA YANG TELAH KITA TEMPUHI. LANTARAN PERTEMUAN YANG PENUH BERMAKNA INI SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU MASEHI 2011 DAN SELAMAT TAHUN BARU HIJRIAH 1432. SEMOGA PERMULAAN TAHUN BARU INI DISULAMI DENGAN TEKAD DAN ILTIZAM YANG JITU BAIK UNTUK DIRI SENDIRI, KELUARGA, ORGANISASI, AGAMA, BANGSA MAHUPUN NEGARA KITA.

TUAN-TUAN, PUAN-PUAN WARGA KERJA YAYASAN PAHANG SEKALIAN,

3. PENGHUJUNG TAHUN 2008 SEHINGGALAH 2010 TELAH DITEMPUHI DALAM KEADAAN EKONOMI YANG MENCABAR KEPADA ORGANISASI KITA. EKONOMI DUNIA YANG MERUDUM TURUT MEMBERI KESAN KEPADA NEGARA KITA SEKALIGUS ORGANISASI TURUT TERJEJAS. KITA MENGHADAPI ALIRAN TUNAI YANG KETAT SEJAK DARI TAHUN 2009. KITA MELANGKAH KE TAHUN 2010 DENGAN KEKANGAN YANG AGAK BERAT.

4. NAMUN KITA TERUS TEGUH BERUSAHA DEMI MEMENUHI OBLIGASI SOSIAL TERHADAP ANAK-ANAK PELAJAR. KITA TETAP UTUH MERENCANAKAN SATU DEMI SATU PROGRAM-PROGRAM PENDIDIKAN SUPAYA TERAS YANG DILETAKKAN OLEH YANG AMAT BERHORMAT PENGERUSI YANG KITA KASIHI DATO' SRI DIRAJA DR. ADNAN BIN YAAKOB DICAPAI - BAGI MENENTUKAN TIADANYA ANAK-ANAK DI NEGERI INI YANG TERCICIR DARIPADA MENDAPAT PENDIDIKAN DISEBABKAN KEDHAIFAN EKONOMI KELUARGA DAN SETERUSNYA INGIN MELIHAT SERAMAI MUNGKIN ANAK-ANAK KITA BERUPAYA MENDAPAT PENDIDIKAN TINGGI.

5. KITA SEDIA MAKLUM PENTADBIRAN NEGARA YANG DIPIMPIN OLEH YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI DATO' SERI MOHD. NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK TELAH MERANGKA PELBAGAI PROGRAM DEMI MENJAYAKAN VISION 2020 - MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA MAJU DAN MEMBANGUN YANG BERPENDAPATAN TINGGI PADA TAHUN 2020 NANTI.

6. APABILA KEADAAN EKONOMI NEGARA TERJEJAS KERAJAAN TELAH MENGAMBIL LANGKAH BIJAK DENGAN MENYEDIAKAN STIMULUS PACKAGE BERNILAI 67 BILLION RINGGIT. HASILNYA KELUARAN DALAM NEGERA KASAR (KDNK) BERKEMBANG PADA 9.5 PERATUS BAGI TEMPOH SEPARUH PERTAMA 2010 BERBANDING NEGATIF 5 PERATUS BAGI TEMPOH SAMA TAHUN SEBELUMNYA. DENGAN PERKEMBANGAN POSITIF INI KERAJAAN TELAH MENYEMAK SEMULA KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA BAGI TAHUN 2010 KEPADA 7 PERATUS BERBANDING 6 PERATUS SEBELUM INI. IA JAUH LEBIH TINGGI BERBANDING NEGATIF 1.7 PERATUS PADA TAHUN 2009.

7. SETERUSNYA KERAJAAN TELAH MEMPERKENALKAN PELBAGAI LAGI PELAN DAN PROGRAM DALAM MENGUKUHKAN RANTAIAN EKONOMI NEGARA - GOVERNMENT TRANSFORMATION PROGRAM (GTP), ECONOMIC TRANSFORMATION PROGRAM (ETP), MODEL BARU EKONOMI (MBE) DAN RANCANGAN MALAYSIA KE-10 (RMK10).

• GTP YANG DIPERKENALKAN PADA TAHUN 2009 BERTUJUAN UNTUK MENTRANSFORMASIKAN KERAJAAN AGAR MENJADI LEBIH EFEKTIF DALAM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN (PAUSE) DAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEBERHASILAN YANG MENJADI KEUTAMAAN KEPADA RAKYAT. ENAM BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) TELAH MENJADI RANGKA KE ARAH PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN INI.

• MANAKALA ETP ADALAH SATU USAHA KOMPREHENSIF BERTUJUAN MENTRANSFORMASIKAN MALAYSIA KE ARAH SEBUAH NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI MENJELANG 2020. 12 BIDANG UTAMA EKONOMI NEGARA (NKEA) YANG DIBANGUNKAN BERSAMA PIHAK SWASTA AKAN MENJADI PEMACU AKTIVITI EKONOMI YANG BERPOTENSI SECARA LANGSUNG DAN MATERIAL KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA. NKEA INI AKAN MENYUMBANGKAN PENINGKATAN PENDAPATAN NEGARA KASAR (PNK) PER KAPITA KEPADA 15 RIBU DOLLAR AMERIKA ATAU 48 RIBU RINGGIT MALAYSIA MENJELANG TAHUN 2020.

• DALAM MEWUJUDKAN EKONOMI NEGARA YANG BERDAYA SAING DAN KUKUH DENGAN CIRI-CIRI INKLUSIF ATAU KETERANGKUMAN (INCLUSIVENESS) DAN KEBOLEHMAMPANAN (SUSTAINABILITY) PADA MASA HADAPAN NEGARA PERLU MEMBENTUK MODAL INSAN YANG KREATIF, INOVATIF DAN MEMPUNYAI NILAI TAMBAH YANG TINGGI. INI MERUPAKAN PRASYARAT TERPENTING BAGI MEREALISASIKAN ASPIRASI MODEL BARU EKONOMI.

• SETERUSNYA, BAGI MENCAPAI CITA-CITA NASIONAL BAGI MENJADI SEBUAH NEGARA MAJU YANG BERPENDAPATAN TINGGI KERAJAAN TELAH MERENCANAKAN PEMBANGUNAN NEGARA SECARA INKLUSIF DAN PRODUKTIF MELALUI RMK10 SEBAGAI SIRI MUTAKHIR RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN NEGARA BAGI TAHUN 2010 HINGGA 2015. IA MERUPAKAN BLOK BINAAN PERTAMA KEPADA ROAD MAP MODEL BARU EKONOMI YANG AKAN MENJADI JENDELA SULUNG KE ARAH WAWASAN 2020.

8. BAJET NEGARA TAHUN 2011 DENGAN TEMA "TRANSFORMASI KE ARAH NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI" MENYAKSIKAN BAGAIMANA KERAJAAN SERIUS UNTUK WALK THE TALK - SEORANG PAKAR EKONOMI TERKENAL, KEN BLANCHARDJUGA BERKATA, "WHAT GETS MEASURED GETS DONE". ENAM NATIONAL KEY RESULTS AREA (NKRA) YANG DIRANGKA - MENCEGAH JENAYAH, MEMERANGI RASUAH, MELUASKAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI, MENINGKATKAN TARAF HIDUP RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH, MEMPERKASA PRASARANA LUAR BANDAR DAN MENAMBAHBAIK PENGANGKUTAN AWAM MEMBUKTIKAN KERAJAAN BENAR-BENAR MENDEKATI DAN MENSEJAHTERAKAN RAKYAT. KERAJAAN SENTIASA MEMBERIKAN TUMPUAN SEPENUHNYA KEPADA MENTRANSFORMASI MALAYSIA MENJADI SEBUAH NEGARA MAJU BERPENDAPATAN TINGGI DAN BERPEMBANGUNAN INKLUSIF DENGAN PERTUMBUHAN MAPAN.

9. APABILA NEGARA MENCAPAI STATUS NEGARA MAJU DAN MEMBANGUN MAKNANYA SEGALA KEMUDAHAN PRASARANA SEPERTI HOSPITAL, SEKOLAH, UNIVERSITI, PENGANGKUTAN, PELUANG PENDIDIKAN, PELUANG PEKERJAAN DAN PELUANG PERNIAGAAN AKAN MELUAS. PENDAPATAN PERKAPITA RAKYAT PULA DISASARKAN KEPADA 48 RIBU RINGGIT SETAHUN DARIPADA 26 RIBU RINGGIT PADA KETIKA INI. INILAH WADAH PERJUANGAN MURNI PEMIMPIN-PEMIMPIN KITA UNTUK MEMAKMURKAN RAKYAT.

 

TUAN-TUAN, PUAN-PUAN WARGA KERJA YAYASAN PAHANG SEKALIAN,

10. MELIHAT KEPADA PELAN DAN PROGRAM-PROGRAM YANG DIRANGKA ITU, MAKA JELASLAH KEPADA KITA BAHAWA YANG MENJADI NICHE AREA ATAU CRITICAL SUCCESS FACTOR PENTING KEPADA NEGARA MASAKINI IALAH UNTUK MELAHIRKAN LEBIH RAMAI SUMBER MODAL INSAN YANG BERKUALITI - BERILMU PENGETAHUAN DAN BERKEMAHIRAN TINGGI. INILAH JUGA INTIPATI KEPADA MISI PENUBUHAN KITA DI YP - MAKA ITULAH TEMA BAJET YP TAHUN INI, "PENDIDIKAN PEMANGKIN TRANSFORMASI NEGARA".

TUAN-TUAN, PUAN-PUAN WARGA KERJA YAYASAN PAHANG SEKALIAN,

11. SELEPAS MELALUI TAHUN-TAHUN MENCABAR, INSYAALLAH, KITA AKAN MEMULAKAN TAHUN INI DENGAN ELEGANT MANNER DENGAN BAJET 2011 YANG DIRANGKA BERDASARKAN LIMA TERAS STRATEGIK YP IAITU:

• TERAS PERTAMA - MELENGKAPKAN STRUKTUR EKONOMI YP;
• TERAS KEDUA - MENERUSKAN AGENDA BACK TO BASICS BAGI MEMASTIKAN PELAJAR-PELAJAR TIDAK TERCICIR DALAM PELAJARAN DISEBABKAN FAKTOR EKONOMI KELUARGA;

• TERAS KETIGA - MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR MELALUI KECEMERLANGAN AKADEMIK, PENERAPAN DAYA KREATIVITI DAN INOVASI, DAN JUGA KEMAHIRAN;

• TERAS KEEMPAT - MEMBANTU MEMUPUK MASYARAKAT MINDA KELAS PERTAMA; DAN

• TERAS KELIMA - MENGUKUHKAN SISTEM PENYAMPAIAN YP.

12. BAGI TAHUN KEWANGAN 2011 JUMLAH PENERIMAAN YP DIJADUALKAN SEBANYAK 166 JUTA RINGGIT DENGAN PEMBAYARAN SEBANYAK 162 JUTA RINGGIT. MANAKALA UNJURAN PENDAPATAN PULA ADALAH SEBANYAK 116 JUTA RINGGIT DENGAN PERUNTUKAN PERBELANJAAN SEBANYAK 95 JUTA RINGGIT MENINGGALKAN 21 JUTA RINGGIT LEBIHAN PENDAPATAN. SEJUMLAH 62 JUTA RINGGIT DIPERUNTUKKAN UNTUK BANTUAN PENDIDIKAN DENGAN PENINGKATAN SEBANYAK HAMPIR 12 PERATUS BERBANDING BAJET 2009. SEJUMLAH 15 JUTA RINGGIT PULA DIPERUNTUKKAN BAGI PEMBESARAN KAMPUS IKIP DAN MAAHAD TAHFIZ. SELAIN ITU, SEJUMLAH 10 JUTA RINGGIT LAGI DIPERUNTUKKAN BAGI DANA ANUITI YP YANG AKAN MENINGKAT KEPADA 38 JUTA RINGGIT.

13. BAGI TAHUN 2011 HASIL DARIPADA KONSESI BALAK MASIH LAGI PENYUMBANG UTAMA YANG DIJANGKA MENJANA SEBANYAK 101 JUTA RINGGIT. NAMUN BEGITU, APA YANG MEMBANGGAKAN AKTIVITI LADANG YANG DIUSAHASILKAN OLEH YPPH DIJANGKA MAMPU MENYUMBANG 30 JUTA RINGGIT KEPADA YP. KUTIPAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN PULA TELAH MEMPEROLEH 13 JUTA RINGGIT, MENGATASI BAJET 2010 IAITU 12 JUTA RINGGIT - INI SESUATU YANG POSITIF. UNTUK TAHUN 2011 YP MENSASARKAN KUTIPAN SEBANYAK 15 JUTA RINGGIT.

TUAN-TUAN, PUAN-PUAN WARGA KERJA YAYASAN PAHANG SEKALIAN,

14. KEMELUT EKONOMI YANG MELANDA NEGARA SEKITAR TAHUN 2008-2009 TELAH MENGAKIBATKAN HARGA BALAK MERUDUM BEGITULAH JUGA SUMBER PENDAPATAN YP YANG BERGANTUNG BESAR KEPADA SUMBER INI TURUT MERASAI TEMPIASNYA. KRISIS EKONOMI INI TIDAK MELEMAHKAN KITA MALAHAN ADA HIKMAHNYA, BILAMANA DALAM KEADAAN GETIR INILAH YP MENJADI SEMAKIN UTUH MEMPAMERKAN POTENSI DALAM MENSTABILKAN LIQUIDITY ORGANISASI TANPA MENJEJASKAN PENGAGIHAN BANTUAN PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR DAN RAKYAT YANG MEMERLUKAN. TINDAKAN-TINDAKAN TERSEBUT ANTARANYANYA:

• MENCAIRKAN SEBAHAGIAN DANA ATAU DEPOSIT YP;

• MENGGUNAPAKAI KEMUDAHAN BANK BERJUMLAH HAMPIR 40 JUTA RINGGIT;

• MENANGGUHKAN SEMENTARA PROJEK PEMBANGUNAN KAMPUS IKIP DAN MAAHAD TAHFIZ;

• TIDAK MENERUSKAN SUNTIKAN MODAL KEPADA YPPH BAGI PEMBESARAN LADANG SAWIT, SEBALIKNYA MEMBENARKAN YPPH MEMBIAYAINYA SENDIRI MENGIKUT KEMAMPUAN YANG ADA; DAN SETERUSNYA

• MENUBUHKAN PANEL JAWATANKUASA RUNDINGHARGA BAGI TENDER PEMBALAKAN UNTUK MENDAPATKAN HARGA KONSESI BALAK YANG BAIK DAN CEPAT.

15. ALHAMDULILLAH, TINDAKAN KITA INI AMAT TEPAT DAN TELAH BERJAYA MEMBAWA YP KELUAR DARI KEMELUT EKONOMI. INI MEMBUKTIKAN TAHAP RESILIENT DAN KEMAMPUAN YP DALAM MELAKSANAKAN PRUDENT FINANCIAL MANAGEMENT TERUTAMA DALAM KEADAAN KRITIKAL SEPERTI YANG DISEBUTKAN TADI TELAH TERUJI DAN PASTI MENJADI PENGALAMAN BERHARGA SEKIRANYA BERHADAPAN LAGI DENGAN SITUASI YANG GETIR SEBEGINI.

TUAN-TUAN, PUAN-PUAN WARGA KERJA YAYASAN PAHANG SEKALIAN,

16. PERANAN MEMERTABATKAN DAN MEMBANGUNKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK NEGERI BERMULA SECARA HUMBLE DENGAN PERUNTUKAN HANYA DUA JUTA RINGGIT PADA TAHUN 1983. SEHINGGA KINI YP TELAHPUN MENGELUARKAN LEBIH SETENGAH BILION RINGGIT (588.2 JUTA) YANG TELAH MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA HAMPIR 600,000 ORANG SAMADA DI PERINGKAT SEKOLAH, IPT DAN JUGA MASYARAKAT SECARA UMUMNYA. PERANAN SOSIALNYA MEMPERLIHATKAN PENINGKATAN PURATA SETAHUN SEBANYAK 102 PERATUS DARI SEGI JUMLAH BANTUAN PENDIDIKAN YANG DIKELUARKAN.

17. YAYASAN PAHANG BERSAMA-SAMA ANAK SYARIKATNYA MASIH BERUPAYA MELAKSANAKAN OPERASINYA DAN MENCIPTA BEBERAPA KEJAYAAN DI SEBALIK CABARAN DAN RINTANGAN YANG DIHADAPI. PENCAPAIAN PELAJAR-PELAJAR MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG AMAT MEMBANGGAKAN DI MANA KEPUTUSAN PMR YANG DIUMUMKAN BARU-BARU INI 81 PERATUS PELAJARNYA BERJAYA MEMPEROLEH STARIGHT A DAN TELAH MENCATATKAN KEPUTUSAN KESELURUHAN TERBAIK DI NEGERI PAHANG. MANAKALA DI PERINGKAT KEBANGSAAN, MTNP BERKEDUDUKAN KEDUA TERBAIK SELEPAS KOLEJ YAYASAN HALIM SAAD YANG MENDAPAT 91 PERATUS STRAIGHT A (BAGI KATEGORI SEKOLAH SWASTA).

18. IKIP INTERNATIONAL COLLEGE PULA TELAH MENCATATKAN NAMA YANG BAIK DI PERINGKAT ANTARABANGSA APABILA STRATEGIC ALLIANCE ATAU PAKATAN STRATEGIK KERJASAMA AKADEMIK TELAH DIJALIN DAN DIMANTAPKAN DENGAN UNIVERSITI YARMOUK JORDAN. HANYA IKIP YANG MEMPUNYAI TWINNING PROGRAM DENGAN UNIVERSITI YARMOUK BAGI PROGRAM BERKEMBARNYA DALAM BIDANG SYARIAH DAN KEWANGAN ISLAM YANG SECARA TIDAK LANGSUNGNYA TELAH MEMPOSISIKANNYA DI DALAM MARKET NICHE YANG BETUL. KECEMERLANGAN PELAJAR-PELAJAR KITA JUGA MEMBANGGAKAN KERANA MEREKA INI DAPAT MENGATASI PELAJAR-PELAJAR DARI NEGARA ARAB SENDIRI. HASIL PAKATAN STRATEGIK INI SENTIASA MENDAPAT PERHATIAN, SOKONGAN DAN PANDUAN SERTA TUNJUK AJAR DARIPADA YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR PAHANG TAMBAHAN PULA YANG AMAT BERHORMAT DATO' SRI DIRAJA SENDIRI MEMANG BERHASRAT UNTUK MELIHAT LEBIH RAMAI ISLAMIC FINANCIAL PROFFESIONAL DAPAT DILAHIRKAN.

19. SETERUSNYA, IKIP JUGA MENCIPTA REPUTASI YANG BAIK KEPADA NEGERI PAHANG DAN JUGA KERAJAAN MALAYSIA APABILA TELAH DITAWARKAN PENUBUHAN "KURSI PAHANG" DI UNIVERSITI YARMOUK. INI AKAN MEMBUKA RUANG DAN PELUANG YANG LUAS KEPADA PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA MELANJUTKAN PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTORAN. PENUBUHAN "KURSI PAHANG" INI MENGGALAKKAN PENGLIBATAN PARA AKADEMIK BAIK DARI PAHANG DAN MALAYSIA MENJADI LUAS DAN MENJANGKAUI DUNIA ANTARABANGSA. PERLUASAN KERJASAMA INI AKAN MEMBAWA LEBIH BANYAK PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN SERTA PERTUKARAN MAKLUMAT DENGAN PARA AKADEMIK DI UNIVERSITI LUAR. DENGAN DEMIKIAN, NEGERI PAHANG DAN MALAYSIA AKAN MENJADI LEBIH DEKAT DENGAN INSTITUSI-INSTITUSI ANTARABANGSA YANG MAMPU MEMBERIKAN SUMBANGAN BERMAKNA KEPADA BIDANG DUNIA ILMU.

20. SELANJUTNYA, BAGI YPPH PULA SEDEKAD YANG LALU KEDUDUKAN KEWANGAN ADALAH SANGAT LEMAH DAN TERHAD SERTA TERPAKSA BERGANTUNG KEPADA KEMUDAHAN BANK UNTUK MEMBANGUNKAN LADANG TERMASUKLAH MENGALAMI KERUGIAN BERTURUT-TURUT PADA TAHUN 2000-2001. NAMUN, ADALAH SESUATU YANG AMAT MEMBANGGAKAN APABILA PADA TAHUN 2010 YANG LALU YPPH BERJAYA MENCATAT PENDAPATAN MELEBIHI 110 JUTA RINGGIT DENGAN GROSS PROFIT SEBANYAK 55 JUTA RINGGIT SEBELUM SEWA PAJAK. SEBAGAI INCOME GENERATING BODY KEPADA YP YPPH TELAH MENYUMBANG SEBANYAK 95 JUTA RINGGIT KEPADA YAYASAN PAHANG SEJAK 2003. TIDAK MUSTAHIL, MENJELANG TAHUN 2020 YPPH MAMPU MEMBERIKAN SUMBANGAN TERKUMPUL BERJUMLAH SATU BILLION RINGGIT KEPADA YAYASAN PAHANG DARIPADA PERLADANGAN SAWIT. PEMBANGUNAN LADANG YP SEHINGGA KINI TELAH MENCAPAI 52 PERATUS DARIPADA KELUASAN SASARAN 100 RIBU EKAR.

21. PERALIHAN KITA KEPADA SEKTOR PERLADANGAN SAWIT INI SEBENARNYA MERUPAKAN SATU KEPUTUSAN YANG BERAT DAN SUKAR PADA KETIKA ITU. NAMUN, SETELAH KAJIAN MENYELURUH DAN PERBANDINGAN DIBUAT RUPA-RUPANYA ITULAH ILHAM KEJAYAAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH S.W.T. KEPADA KITA DI MANA SALAH SEORANG PAKAR KOMODITI GLOBAL ATAU GLOBAL COMMODITIES GURU, IAITU JIM ROGERS MENYATAKAN BAHAWA IA ADALAH "THE RIGHT BUSINESS OR THE BEST PLACE YOU SHOULD PUT YOUR MONEY".

22. SAYA PERCAYA, SEGALA PENCAPAIAN TERSEBUT ADALAH HASIL USAHA GIGIH YANG TIDAK MENGENAL ERTI KALAH TUAN-TUAN, PUAN-PUAN SEMUA. SETINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH JUA KITA RAKAMKAN KEPADA PENGERUSI YAYASAN PAHANG YANG KITA KASIHI, YANG AMAT BERHORMAT DATO' SRI DIRAJA HAJI ADNAN BIN HAJI YAAKOB DAN BARISAN AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YP YANG SENTIASA MEMBERIKAN PANDUAN, SOKONGAN DAN IDEA YANG BERNAS KEPADA PENGURUSAN YAYASAN PAHANG. MALAH YANG AMAT BERHORMAT DATO' SRI DIRAJA DAN AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YP TELAH MENGIKTIRAF USAHA DAN KOMITMEN KITA SEMUA - YANG SEDIKIT SEBANYAK MEMBANTU MELONJAKKAN IMEJ KERAJAAN NEGERI DAN JUGA YP SENDIRI DI MATA MASYARAKAT - DENGAN MENGUMUMKAN PEMBERIAN INSENTIF BARU-BARU INI SEBANYAK ENAM BULAN - JUMLAH YANG AGAK LUMAYAN.

 

TUAN-TUAN, PUAN-PUAN WARGA KERJA YAYASAN PAHANG SEKALIAN,

23. SELAIN DARIPADA PENCAPAIAN TADI SUKACITA JUGA SAYA MEREKODKAN DI SINI PENCAPAIAN LAIN YANG DIPEROLEHI OLEH YP:

• YP BERJAYA MERAIH SIJIL PENGHARGAAN PROGRAM TOTAL QUALITY MANAGEMENT (TQM) DARIPADA SIRIM BERHAD. BERMULA DENGAN MS ISO 9001:2000, KEMUDIAN BERTUKAR KEPADA VERSI MS ISO 9001:2008 PADA TAHUN 2010 PENGURUSAN KUALITI DI YP TIDAK TERHENTI DI SITU SAHAJA, MALAH TERUS BERKEMBANG DENGAN PELAKSANAAN AKTIVITI-AKTIVITI 5S, BENCHMARKING DAN QCC SERTA KRA DAN KPI DALAM TEMPOH YANG SINGKAT DAN PENGAMALANNYA YANG MENGIKUT PROSEDUR DITETAPKAN. PENGIKTIRAFAN INI ADALAH SESUATU YANG BERPRESTIJ DAN YANG PERTAMA SEUMPAMANYA DIKELUARKAN OLEH SIRIM BERHAD;

• SIJIL PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN BERASASKAN INDEKS AKAUNTABILITI (IA) DARIPADA JABATAN AUDIT NEGARA YANG TELAH MENGIKTIRAF YAYASAN PAHANG MELAKSANAKAN PENGURUSAN YANG CEKAP, AMANAH, TELUS, ACCOUNTABLE DAN BERINTEGRITI;

• JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG TELAH MENYAMPAIKAN SIJIL PENGHARGAAN PELESEN CONTOH BAGI TAHUN 2010 SEBAGAI TANDA PENGIKTIRAFAN KEPADA YAYASAN PAHANG YANG TELAH MELAKSANAKAN STANDARD MALAYSIAN CRITERIA & INDICATORS FOR FOREST MANAGEMENT CERTIFICATION (MC&I);

• DAN SETERUSNYA MENDAPAT SIJIL AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (5S) DARIPADA PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC) DAN ANUGERAH TOKOH KORPORAT DARIPADA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM).

24. MANAKALA, DUA KAJIAN TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN DAN MENCAPAI OBJEKTIFNYA, IAITU:

• KAJIAN IMPAK PRODUK YAYASAN PAHANG - BAGI MENILAI KEBERKESANAN ATAU IMPAK EMPAT PRODUK BANTUAN YP IAITU BSR, BSM, SKIM PINJAMAN DAN PROJEK JUJ. ALHAMDULILLAH, HASIL PENEMUAN KAJIAN MENUNJUKKAN BAHAWA PRODUK KITA DITERIMA BAIK DAN MEMBERI KESAN POSITIF KEPADA PEMBANGUNAN MODAL INSAN; DAN

• KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA YAYASAN-YAYASAN NEGERI PULA MENDAPATI BAHAWA YP MERUPAKAN YAYASAN NEGERI YANG UNGGUL, AGRESIF DAN MENYERLAH KERANA MEMPUNYAI KELAINAN TERSENDIRI DAN MAMPU MENGORAK LANGKAH LEBIH JAUH KE HADAPAN.

25. SESUNGGUHNYA, KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN YANG DICAPAI PADA TAHUN LALU TIDAK AKAN TERHENTI BEGITU SAHAJA. PADA TAHUN 2011 INI, INSYAALAAH PENGURUSAN TELAH MENGENALPASTI BEBERAPA LANGKAH DAN ARAH TUJU UNTUK MEMASTIKAN YP TERUS KUKUH, STABIL DAN MAJU KE HADAPAN.

  • YANG PERTAMA: MENGADAKAN PELAN TINDAKAN ATAU FRAMEWORK BERASASKAN KAJI SELIDIK KEPUASAN UMUM/PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN YP OLEH PIHAK MERDEKA CENTRE;
  • KEDUA: MELAKSANAKAN HALATUJU BANTUAN PENDIDIKAN YP DALAM MENCAPAI MATLAMAT WAWASAN 2020. KAJIAN AKAN DILAKUKAN OLEH PIHAK UITM BERSAMA-SAMA IKIP INTERNATIONAL COLLEGE;
  • KETIGA: MENGENALPASTI SUMBER DANA LAIN DAN MENINGKATKAN LANDBANK YP BAGI MENGUKUHKAN EKONOMI YP UNTUK JANGKA MASA PANJANG;
  • KEEMPAT: MEMASTIKAN SETIAP WARGA KERJA TERUTAMANYA BAHAGIAN KEWANGAN BERUPAYA MENGURUSKAN KEWANGAN SECARA PRUDENT;
  • KELIMA: MENJADIKAN KUTIPAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN SEBAGAI REVOLVING FUNDNYA SENDIRI;
  • KEENAM: MENYEDIAKAN RANGKA KERJA BERSAMA SIRIM BERHAD UNTUK MENCAPAI PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA - ASIA PACIFIC BUSINESS EXCELLENCE STANDARD (APBEST), YANG AKAN DIBERIKAN OLEH APBEST ACADEMY YANG BERIBU PEJABAT DI HONG KONG. BAGI PENYERTAAN SULUNG INI, YP AKAN MENYERTAI KATEGORI PENGURUSAN PENDIDIKAN;
  • KETUJUH: BERUSAHA SEHINGGA BERJAYA MENAIKTARAF IKIP MENJADI SEBUAH KOLEJ UNIVERSITI;
  • YANG KELAPAN: MEMBANGUNKAN KEMUDAHAN ASRAMA DAN MAKMAL IKIP SEBAGAI PELENGKAP KEPADA IKIP MENJADI KOLEJ UNIVERSITI DI TANJUNG LUMPUR; DAN
  • YANG TERAKHIR: PADA TAHUN INI JUGA, KITA AKAN MEMULAKAN USAHA-USAHA MEMBUKA FRANCHISE BAGI PRODUK LOAF DOUGHNUT DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR IKIP ADVANCED SKILLS CENTRE.

 

TUAN-TUAN, PUAN-PUAN WARGA KERJA YAYASAN PAHANG SEKALIAN,

26. TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN KITA DALAM MENGURUSKAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN AMATLAH BESAR DAN TIADA SEMPADAN. WALAU DI MANA SEKALIPUN KITA BERADA SAMADA DI BAHAGIAN BANTUAN PENDIDIKAN, DI BAHAGIAN KEWANGAN, DI BAHAGIAN PENTADBIRAN, DI BAHAGIAN AUDIT DALAM MAHUPUN DI BAHAGIAN PELABURAN KITA SENTIASA PERLU BERSEDIA DISAPA DENGAN PELBAGAI PERTANYAAN DAN TIDAK PERLU RASA TERPINGGIR. KELANGSUNGAN DALAM SEKTOR PENDIDIKAN MELETAKKAN YAYASAN PAHANG ANTARA ORGANISASI YANG MENJADI TEMPAT PERTANYAAN, RUJUKAN DAN KEPERCAYAAN ORANG RAMAI, PARA PENDIDIK DAN JUGA PEMIMPIN TEMPATAN. OLEH ITU PERLULAH KITA MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN SENTIASA MENGEMASKINI DIRI KITA DENGAN MAKLUMAT-MAKLUMAT ATAU DATA YANG DIPERLUKAN OLEH MASYARAKAT UMUM.

27. SAYA INGIN MENYATAKAN DI SINI BAHAWA KITA HENDAKLAH SENTIASA BERSIKAP YANG DIKATAKAN OLEH ORANG TUA-TUA IAITU "IKUT RESMI PADI SEMAKIN TUNDUK SEMAKIN BERISI". DOKTRIN YANG DITERAPKAN MELALUI PEPATAH INI BERMAKNA SEMAKIN MENINGKAT USIA KITA ILMU YANG ADA JUGA HARUSLAH MENINGKAT DAN BERTAMBAH DAN PADA MASA YANG SAMA KITA MENJADI SEMAKIN BIJAKSANA DALAM TINGKAHLAKU DAN ETIKA DAN PERGAULAN. BAGI YANG TELAH LAMA BERKHIDMAT DI SINI HENDAKLAH BERKONGSI PENGALAMAN DAN ILMU YANG ADA. MANA-MANA YANG BAIK DAN MENDATANGKAN MANFAAT KEPADA ORGANISASI KONGSILAH BERSAMA. JANGAN PULA DIGUNAKAN SECARA NEGATIF SEPERTI MENIPU, MENYELEWENG, MEMFITNAH DAN SEBAGAINYA.

28. MESKIPUN KITA MEMPUNYAI SISTEM YANG TERKINI, PROSEDUR YANG LENGKAP, PRASARANA YANG SERBA CANGGIH DAN PENGURUSAN YANG MANTAP TANPA ILMU PENGETAHUAN TIDAK MUNGKIN KITA SAMPAI KE TAHAP INI SEKARANG. DI SINI KITA FAHAM BAHAWA KEPENTINGAN MENGUASAI ILMU PENGETAHUAN DI DALAM SESEBUAH ORGANISASI AMATLAH PENTING UNTUK MENJAMIN KECEKAPAN SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN. MODAL INTELEK PERLU DIPUPUK, DIGUNA DAN DIBUDAYAKAN DALAM ORGANISASI. KITA BUKAN LAGI BEKERJA BERASASKAN ARAHAN SEMATA-MATA TETAPI MESTILAH MENGGUNAKAN KUASA MINDA (BRAINPOWER) YANG CERDAS DAN BERDAYA SAING ANJAL DAN AMPUH DI SAMPING SERBA SANGGUP (VERSATILE) DAN BOLEH BERDIKARI ATAU BERAUTONAMI. PEKERJA BERILMU PENGETAHUAN TIDAK HANYA MENGIKUT DAN MEMBIARKAN ORANG LAIN MENDAHULUI TETAPI IA TURUT BERANI MEMIMPIN, MEREKACIPTA, MEMBUAT KEPUTUSAN TEPAT DAN BERTINDAK DENGAN PANTAS.
29. SELAIN PENTINGNYA MENGUASAI ILMU SAYA JUGA DI SINI INGIN MENEKANKAN BEBERAPA NILAI YANG MENJADI FOKUS YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI KITA TERHADAP PENJAWAT AWAM SEPERTI KITA SEMUA, WARGA KERJA YAYASAN PAHANG. EMPAT NILAI TERSEBUT ADALAH:

• YANG PERTAMA, MEMBUDAYAKAN KREATIVITI DAN INOVASI. KITA MESTILAH BERFIKIR DAN MELAKUKAN SESUATU DI LUAR KELAZIMAN KITA ATAU THINK OUT OF THE BOX. SEBAIKNYA KITA HENDAKLAH BERFIKIRAN KRITIS DAN KONSTRUKTIF SERTA AMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM MENCARI PENYELESAIAN. DENGAN ADANYA MEREKA YANG KREATIF DAN INOVATIF NESCAYA ORGANISASI KITA AKAN LEBIH TINGGI NILAINYA DI MATA MASYARAKAT DAN DIHORMATI OLEH LAIN-LAIN ORGANISASI YANG SETARA;

• MANAKALA NILAI KEDUA ADALAH KEPANTASAN BERTINDAK DAN MEMBUAT KEPUTUSAN. JANGANLAH KITA MELENGAHKAN APA YANG MAMPU KITA LAKSANAKAN HARI INI KEPADA ESOK ATAU LUSA. MENGAMBIL PETUA ORANG TUA-TUA, "KERJA BERTANGGUH TIDAK MENJADI, KERJA BERANSUR TIDAK BERTAHAN". DALAM KONTEKS INI KEPANTASAN BERTINDAK DAN MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TEPAT AKAN MENYEBABKAN SISTEM PENYAMPAIAN BERTAMBAH BAIK DAN KEYAKINAN MASYARAKAT PULA AKAN MENINGKAT. SEDAR ATAU TIDAK, KEPANTASAN BERTINDAK DAN MEMBUAT KEPUTUSAN INI AKAN MENINGKATKAT VELOCITY OF MONEY ATAU HALAJU KITARAN WANG.

• NILAI KETIGA ADALAH MENGHARGAI WANG ATAU KEKAYAAN (VALUE FOR MONEY). DALAM HAL INI PEMBAZIRAN, PENYELEWENGAN DAN GEJALA SALAH URUS HENDAKLAH DIHAPUSKAN. MENERUSI PERUNTUKAN BAJET YANG DILULUSKAN BARU-BARU INI, SAYA BERHARAP KITA DAPAT MELAKSANAKAN PERBELANJAAN BERHEMAH DAN PADA MASA YANG SAMA SETIAP RINGGIT YANG KELUAR MESTILAH MEMBERIKAN PULANGAN NILAI YANG MAKSIMUM KEPADA YP, KERAJAAN NEGERI DAN JUGA RAKYAT.

• SETERUSNYA NILAI KEEMPAT, MEMUPUK DAN MENINGKATKAN INTEGRITI DI KALANGAN WARGA KERJA. LAZIMNYA, SATU PERKARA YANG SUKAR UNTUK DIATASI DI DALAM MANA-MANA ORGANISASI IALAH SIKAP WARGANYA YANG TIDAK JUJUR KEPADA ORGANISASI DAN DIRI SENDIRI. KUASA, KEKAYAAN, KEDUDUKAN DAN ILMU PENGETAHUAN BOLEH KITA CARI NAMUN TANPA INTEGRITI, KITA TIDAK BERUPAYA MENJUNJUNG NAMA BAIK UNTUK YP. NILAI-NILAI LUHUR - SIDDIQ, TABLIGH, AMANAH DAN FATHONAH (S.T.A.F.) - YANG CUBA KITA TERAPKAN BAHKAN TELAHPUN DILANCARKAN DENGAN PENUH SIMBOLIK PADA TAHUN LEPAS DIHARAP MAMPU MENJADI PELENGKAP KEPADA EMPAT NILAI YANG TELAH SAYA SEBUTKAN SEBENTAR TADI. INSYAALLAH DENGAN ADANYA S.T.A.F DI DALAM SETIAP DIRI KITA SEMUA KEEMPAT-EMPAT NILAI INI AKAN MELENGKAPI PAKEJ KITA SEBAGAI INDIVIDU YANG LUHUR DAN BAIK PEKERTI. PEPATAH INGGERIS JUGA ADA BERKATA: "THERE IS NO PILLOW AS SOFT AS CLEAR CONSCIENCE". FIKIRKAN ITU....!!!


TUAN-TUAN, PUAN-PUAN WARGA KERJA YAYASAN PAHANG SEKALIAN,

30. MENGAKHIRI KALAM, SAYA MAHUKAN NILAI-NILAI BEKERJA BERKUALITI TINGGI, KETABAHAN, KREATIF, INOVATIF, IKHLAS, KEHEBATAN BERFIKIR DAN KEPANTASAN BERTINDAK SEBAGAI SATU PASUKAN TERUS DISEMAI DALAM ORGANISASI KITA INI. ITULAH TONGGAK PERADABAN YANG MAMPU MENCAPAI KECEMERLANGAN SEPERTI TERAKAM DALAM SEJARAH MELAYU LAMA:

"BILA DISERU SUDAH MENYAHUT,
BELUM DIPANGGIL SUDAH DATANG,
BILA DISURUH SUDAHPUN PERGI."

31. MUDAH-MUDAHAN PADA TAHUN 2011 INI DAN DEKAD SETERUSNYA MENJANJIKAN KEJAYAAN YANG LEBIH MANIS DAN CEMERLANG BUAT YAYASAN PAHANG DAN KITA SEMUA YANG MENCARI REZEKI DAN MENABUR BAKTI DI SINI.

AWAL PAGI EMBUN BERDERAI,
MELUR DI LAMAN SEGAR BERBUNGA,
KALAU HASRAT BELUM DICAPAI,
PADUKAN TEKAD TINGKATKAN USAHA.

DAUN PANDAN DAUN HALIA,
MASAKKAN MADU BUAT MINUMAN,
JADILAH INSAN BERHATI MULIA,
BAIK HATI BERBUDI BAHASA.

PERGI BERBURU SAMPAI KE SEMPADAN,
DAPAT KANCIL BADAN BERJALUR,
BIAR CARIK BAJU DI BADAN,
ASALKAN HATI BERSIH DAN JUJUR.

PULAU TIOMAN NAMPAK BERBALAM,
PANTAI BERSIH HUTANNYA SUBUR,
POHONKAN DOA SIANG DAN MALAM,
YAYASAN PAHANG AMAN DAN MAKMUR.

SEKIAN, SELAMAT TAHUN BARU DAN SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA. WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Dikemaskini pada Selasa, 29 Mac 2011 11:29 Hits : 16288 times