Program Bantuan Pendidikan-Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) PDF Cetak E-mail

Biasiswa Sekolah Menengah (BSM)

Biasiswa ini diberikan kepada pelajar anak Pahang yang belajar di tingkatan 1 hingga tingkatan enam  yang bersekolah di Negeri Pahang.Sejak tahun 1983 sehingga sekarang, sejumlah RM214.15 juta telah dikeluarkan bagi tujuan ini.

Keutamaan kepada anak Pahang dengan tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin atau ibubapa uzur atau ibu tunggal atau peserta PPRT. Bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar cemerlang akademik dan kokurikulum.

Mulai tahun 2012, kadar baru BSM telah dinaikkan daripada kadar RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi pelajar tingkatan 1 hingga 5 dan bagi pelajar tingkatan 6 kadar BSM adalah kekal RM600 setahun. Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap Januari dan Julai.

Kelayakan memohon

Pemohon dalam kategori berikut adalah layak memohon;

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:-
    1. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur atau
    2. Jika Pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang MESTI mengemukakan surat pengesahan bermastautin daripada Wakil yang dilantik oleh Yayasan Pahang.
    3. Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
  2. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan.
  3. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kurang Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan rakyat Termiskin (PPRT) DIBERI KEUTAMAAN. Keutamaan turut diberikan kepada pelajar yang cemerlang akademik dan ko-kurikulum.
  4. Pemohon sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Rakyat dalam Negeri Pahang Darul Makmur. (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang) selain dari MRSM.
Dikemaskini pada Isnin, 27 Julai 2015 10:44 Hits : 29187 times