Pelajar - INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPTA/S) PDF Cetak E-mail
Artikel Index
Pelajar
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPTA/S)
SEKOLAH MENENGAH/RENDAH
PROGRAM PENDIDIKAN DAN KEMASYARAKATAN
Semua Muka

 

A) INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPTA/S)

(i)     Pinjaman

Yayasan Pahang (YP) menawarkan Pinjaman Pendidikan bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP. Iklan permohonan akan dikeluarkan pada bulan Mei dan November atau pada bila-bila masa yang bersesuaian.

Kelayakan Memohon

1.  Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :

  • Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; ATAU
  • Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Rakyat/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim.
  • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.

Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul.

Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

Telah mendapat tempat/tawaran belajar di IPT mengikut kategori berikut:

1.   PERINGKAT SARJANA & PHD

  1. Mendapat tawaran di IPTA dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YP.
  2. Pengajian di luar negara hanya bagi kursus-kursus selektif & kritikal sahaja yang tidak terdapat di negara ini.
  3. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Tinggi atau yang setaraf dengannya daripada universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan atau mempunyai kelulusan di peringkat Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja di peringkat Pengurusan dengan mendapat pengesahan daripada majikan. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda/Diploma.

2.   PERINGKAT SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA DI IPTA DAN IPTS

  1. Diploma Teknologi Elektronik, Diploma Elektrik Kuasa, Diploma Teknologi Komputer dan Diploma Kemahiran Malaysia di Kolej PSDC.
  2. Diploma di Politeknik.
  3. Diploma di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS).
  4. Diploma/Ijazah Sarjana Muda di UniKL bagi kursus-kursus selektif dan kritikal yang diluluskan oleh Yayasan Pahang.
  5. Sijil Profesional Kejuruteraan Senggaraan Pesawat (LWTR) di Malaysian Aviation Training Academy (MATA) Sdn Bhd.
  6. Sijil Penilaian Harta Tanah di Institut Penilaian Negara (INSPEN).
  7. Diploma/Ijazah Sarjana Muda Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)/Kursus Luar Kampus (KLK) dan Program Pembelajaran Fleksibel (FLP) anjuran IPTA dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YP.
  8. Ijazah Sarjana Muda Bagi Mengikuti Pengajian Dalam Bidang-Bidang Selektif & Kritikal (tahun pertama) bagi Ijazah Sarjana Muda di IPTA dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YP bagi bidang-bidang pengajian seperti berikut:
  • Perubatan/Pergigian/Farmasi
  • Kejuruteraan
  • Sains Komputer
  • Ekonomi
  • Sains & Teknologi
  • Perbankan Islam
  • Perakaunan/Persijilan Profesional Perakaunan
  • TESL

3.   PERINGKAT SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA DI KOLEJ ANTARABANGSA IKIP

(1)   Ijazah Sarjana Muda IKIP-UUM

(2)   Diploma IKIP-UTM

(3)   Diploma dan Pra Diploma IKIP-UiTM

(4)   Diploma IKIP-Inhouse

(5)   Sijil Kemahiran Perhotelan IKIP-HIAS Tahap 1, 2, 3 & 4

(6)   Sijil Kemahiran IKIP-MLVK Tahap 1,2, 3 & 4

4.   PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA DI TIMUR TENGAH ( MESIR, MAGHRIBI DAN JORDAN)

(1)   Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Perubatan, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dan Takhasus Qiraat

(2)   Universiti-universiti di Maghribi dalam bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

(3)   Program Berkembar IKIP-Yarmouk, Jordan dalam bidang Syariah (Ekonomi dan Perbankan Islam)

(4)   Bagi kategori ini, calon-calon yang layak perlu mengikuti Kursus Insentif Bahasa Arab (KIBA) anjuran YP selama 4 bulan sebagai persediaan sebelum ke Mesir, Maghribi dan Jordan. Iklan akan dikeluarkan selepas keputusan peperiksaan SPM/STAM diumumkan mengikut tahun semasa.

(ii) Biasiswa :

  • Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) Pahang

 

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negara hingga ke peringkat pengajian tertinggi. Biasiswa berprestij ini ditawarkan oleh Yayasan Pahang selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan profesional dalam usaha membangunkan sumber manusia.


Kelayakan memohon

1.      Anak Negeri Pahang ditakrifkan sebagai:-

1.      Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Negeri Pahang Darul Makmur

2.      Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang dan mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sukan di peringkat negeri dan negara.

3.      Lulus di peringkat berikut :-

  1. Calon SPM - 9A ke atas
  2. Calon STPM - 4 Prinsipal A

4.      Memilih bidang selektif dan kritikal seperti perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi, sains nuklear dan lain-lain (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).

5.      Mempunyai rekod sahsiah yang baik dan berpersonaliti unggul.

6.      Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

Nilai Anugerah

Jenis Pembayaran

Kadar

Perubatan RM)

Lain-lain Bidang (RM)

Elaun Sara Hidup

9,240/tahun

8,400/tahun

Elaun Buku

1,000/tahun

600/tahun

Elaun Alat Perkakas

- 500 -

Elaun Tesis

- 400 -

Elaun Kertas Projek

- 200 -

Elaun Komputer

- 5,000 (maksima) -

Yuran Pengajian

- seperti yang ditetapkan oleh institusi pengajian -

Tambang Kapal Terbang

- sekali setahun pergi dan balik untuk pusat pengajian di Sabah dan Sarawak -

 

  • Biasiswa Diploma Tahfiz Al-Quran

Pengenalan

Program ini mula diperkenalkan pada tahun 1996 bertempat di Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan dengan kerjasama Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM). Mulai Julai 2006, program ini dipindahkan ke kampus baru di Tanjung Lumpur, Kuantan. Program ini hanya diperingkat Diploma selama 3 tahun dan bertujuan untuk melahirkan Huffaz, Qurra' dan Du'at yang mahir lagi berketrampilan selaras dengan keperluan Ummah dan Negara. Setelah tamat dengan cemerlang pelajar boleh melanjutkan pelajaran ke Maahad Qiraat di Mesir atau ke universiti-universiti awam tempatan.

Kelayakan Memohon

1.      Anak Negeri Pahang yang ditakrifkan sebagai:-

  1. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur atau.
  2. Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Rakyat/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim.

2.      Telah mendapat tawaran/tempat belajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat di Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

 

  • Biasiswa Tahfiz Profesional

Biasiswa ini diperkenalkan pada Mei 2002 adalah bertujuan untuk mewujudkan golongan profesional yang juga mampu menghafaz Al-Quran. Ianya dibuka kepada pelajar yang cemerlang akademik dan kokurikulum serta berkemampuan untuk mengikuti Kursus Persijilan Tahfiz di samping mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi dalam jurusan profesional.

Program ini dijalankan secara kerjasama dengan DARUL QURAN dan UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA(UIAM). Pelajar-pelajar yang telah terpilih akan mengikuti program peringkat Sijil Tahfiz Al-Quran di Darul Quran sebelum meneruskan pengajian peringkat Ijazah dalam bidang-bidang selektif dan kritikal di UIAM.

Kelayakan Memohon

1.      Anak Pahang ditakrifkan sebagai:-

1.      Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur

2.      Lulus ujian hafazan yang dikendalikan oleh Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM).

3.      Mengikuti pengajian jurusan profesional.

4.      Mempunyai rekod peribadi dan sahsiah cukup terpuji.

5.      Mempunyai taraf kesihatan yang baik dan menceburi kegiatan sukan.

6.      Keutamaan adalah kepada pemohon:

1.      Aliran sains sekolah menengah agama yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).

2.      Boleh menghafaz Al-Quran dengan baik.

3.      Pelajar yang mempunyai kesungguhan dan berminat.

 

(ii)   Geran Bantuan Pelajar ke Intitusi Pengajian Tinggi

PENGENALAN

Skim ini mula diperkenalkan pada tahun 1999. Skim ini dikhaskan kepada pelajar - pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang dikenalpasti oleh YP dan diiktiraf oleh Kerajaan. Pelajar akan diberi bantuan RM500 sebagai persediaan awal ke IPT sebagai penghargaan kerajaan negeri kerana menambah jumlah anak Pahang di menara gading.

KRITERIA

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai ;

i. Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul   Makmur ;  atau
ii. sekiranya Pemohon dan Ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang , maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau Wakil Rakyat atau wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah YP.
iii. Mestilah 2 orang daripada ibu atau bapa dan pelajar terdiri daripada warganegara Malaysia.

2. Pemohon mestilah terdiri daripada pemegang SPM/STPM/STAM 2009.

3. Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 2 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi buat kali pertama dengan melengkapkan borang yang disediakan serta melampirkan salinan dokumen yang telah disahkan benar. Permohonan hendaklah bagi kemasukan pertama kali ke IPTA/S.

4. Borang permohonan boleh dimuat dari laman web ini atau boleh didapati di pejabat YB ADUN, pejabat penghulu atau kaunter perkhidmatan di Kompleks Yayasan Pahang.

5. Bayaran secara tunai akan hanya dibuat sekiranya pelajar datang sendiri ke YP dengan membawa bersama-sama dokumen berikut (salinan hendaklah disahkan benar)  :-

    • Sekeping gambar berukuran passport
    • Surat tawaran asal dari IPTA/S dan salinan yang disahkan
    • Kad pengenalan asal dan salinan yang disahkan
    • Salinan kad pengenalan ibubapa yang disahkan
    • Surat pengesahan bermastautin (sekiranya berkaitan)
    • Sijil SPM/STPM asal dan salinan yang disahkan
    • Resit bayaran /yuran pendaftaran bagi pelajar-pelajar Kolej Swasta
      Sekiranya tiada resit bayaran pendaftaran, pelajar dikehendaki mengemukakan surat akuan telah mendaftar dari pihak IPTS tersebut. (Salinan resit bayaran hendaklah disahkan)

6. Bantuan dikhususkan kepada pelajar yang baru memulakan pengajian buat kali pertama di peringkat Pra-Diploma, Diploma, Asasi atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA/S berikut:-

a) 20 Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) :

1.     Universiti Malaya (UM)

2.     Universiti Sains Malaysia (USM)

3.     Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

4.     Universiti Putra Malaysia (UPM)

5.     Universiti Malaysia Pahang (UMP) - dulu KUKTEM

6.     Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

7.     Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

8.     Universiti Utara Malaysia (UUM)

9.     Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

10.   Universiti Malaysia Sabah (UMS)

11.   Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

12.   Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

13.   Universiti Teknologi MARA (UiTM)

14.   Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - dulu KUSTEM

15.   Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - dulu  KUiTTHO

16.   Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) - dulu KUTKM

17.   Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) - dulu KUKUM

18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)- dahulunya dikenali sebagai  KUSZA

19.   Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

21. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) - dahulunya dikenali sebagai ATMA

 

b) 8 Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) :

1.                  Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

2.                  Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)

3.                  Universiti Multimedia (MMU)

4.                  Universiti Teknologi Petronas (UTP)

5.                  Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)

6.                  Universiti Industri Selangor (UNISEL)

7.                  Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

8.                  Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

c) Program Pra-Diploma UiTM

d) Program Sijil Kemahiran dan diploma di Kolej Antarabangsa IKIP.

e) Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

f) Sijil/Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

g) Kolej-kolej Swasta yang berdaftar dan di iktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan menjalankan program-program Diploma francais/usahasama/kawal selia/berkembar dengan Universiti-universiti Awam tempatan sahaja. Resit bayaran /yuran pendaftaran perlu disertakan.

h) Kolej-kolej dibawah Kerajaan /Yayasan Negeri bagi peringkat Diploma dan Ijazah di seluruh Malaysia menepati syarat kriteria No. 6 (g).

i) PSDC dan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) bagi peringkat Diploma sahaja.

j) Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia/ Matrikulasi Kolej Swasta yang diiktiraf Kementerian Pelajaran Malaysia.

k) Program persediaan ke luar negara tajaan kerajaan (JPA/MARA/FELDA/PETRONAS, dsb) seperti program South Australian Matriculation dan A-Level.

l) Kes permohonan Skim Pelajar Cemerlang IPTA/S dengan menggunakan slip percubaan SPM, hendaklah dirujuk kepada Pengurusan Yayasan Pahang dan Keputusan adalah muktamad.

m) Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

n) Kolej Tuanku Abdul Rahman bagi peringkat Diploma sahaja. Resit bayaran /yuran pendaftaran perlu disertakan.

7. Kelulusan permohonan akan dibuat oleh Pengurusan YP. Keputusan pegawai yang bertugas adalah muktamad dan tiada kes-kes rayuan bagi permohonan ini.

8. Pengesahan borang(di ruangan E) dari Wakil Rakyat atau wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah YP atau Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Penghulu hendaklah diperolehi.

9. Program separuh masa, Pra-diploma IPTS, lepasan Matrikulasi KPM, lepasan diploma dan lepasan ijazah tidak layak memohon geran ini.

10. Senarai yang tidak layak memohon Geran Bantuan Pelajar ke IPT Yayasan Pahang:-

i) Semua institut perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia atau program berkembar,

ii) Diploma Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia,

iii) Semua institusi pengajian di bawah Jabatan Tenaga Rakyat (ILP, ADTEC, JMTI, CIAST dan sebagainya),

iv) Akademi Laut Malaysia (ALAM),

v) Institut Kemahiran Belia (IKBN & IKTBN dan sebagainya),

vi) Pusat Kemahiran MARA (IKM, Giat MARA dan sebagainya),

vii) Kolej Profesional MARA

(iii) Dermasiswa IPT

Dermasiswa ini adalah bantuan kewangan bagi membantu dan mengurangkan beban pelajar dari keluarga miskin yang mengikuti pengajian di IPTA/S dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang.

Dermasiswa Pelajar Miskin IPT

1.      Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:-

1.      Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur atau

2.      Pemohon atau ibubapa telah bermastautin lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin dari Penghulu atau Pegawai Daerah atau Wakil Rakyat setempat atau wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang.

2.      Tidak mendapat penajaan pinjaman/biasiswa dari mana-mana badan penaja.

3.      Sedang belajar di institusi pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

4.      Ibubapa atau penjaga yang miskin dan daif dengan mempunyai tanggungan anak bersekolah/pengajian tinggi yang ramai.

5.      Keutamaan kepada pelajar daripada keluarga miskin yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat/ibubapa/penjaga uzur, cacat/ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin(PPRT) diberi keutamaan.



Dikemaskini pada Selasa, 15 Februari 2011 03:09 Hits : 45841 times