Maklumat Pinjaman - Kelayakan Borang Permohonan PDF Cetak E-mail
1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :

(a) Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; ATAU

(b)    Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Rakyat/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim.

(c)   Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.

2. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul.

3. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
4. Telah mendapat tempat/tawaran belajar di IPT mengikut kategori berikut:

1. PERINGKAT SARJANA & PHD


(1) Mendapat tawaran di IPTA dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YP.
(2) Pengajian di luar negara hanya bagi kursus-kursus selektif & kritikal sahaja yang tidak terdapat di negara ini.
(3) Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Tinggi atau yang setaraf dengannya daripada universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan atau mempunyai kelulusan di peringkat Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja di peringkat Pengurusan dengan mendapat pengesahan daripada majikan. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda/Diploma.


2. PERINGKAT SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA DI IPTA DAN IPTS


(1) Diploma Teknologi Elektronik, Diploma Elektrik Kuasa, Diploma Teknologi Komputer dan Diploma Kemahiran Malaysia di Kolej PSDC.
(2) Diploma di Politeknik.
(3) Diploma di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS).
(4) Diploma/Ijazah Sarjana Muda di UniKL bagi kursus-kursus selektif dan kritikal yang diluluskan oleh Yayasan Pahang.
(5) Sijil Profesional Kejuruteraan Senggaraan Pesawat (LWTR) di Malaysian Aviation Training Academy (MATA) Sdn Bhd.
(6) Sijil Penilaian Harta Tanah di Institut Penilaian Negara (INSPEN).
(7) Diploma/Ijazah Sarjana Muda Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)/Kursus Luar Kampus (KLK) dan Program Pembelajaran Fleksibel (FLP) anjuran IPTA dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YP.
(8) Ijazah Sarjana Muda Bagi Mengikuti Pengajian Dalam Bidang-Bidang Selektif & Kritikal (tahun pertama) bagi Ijazah Sarjana Muda di IPTA dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YP bagi bidang-bidang pengajian seperti berikut:


• Perubatan/Pergigian/Farmasi
• Kejuruteraan
• Sains Komputer
• Ekonomi
• Sains & Teknologi
• Perbankan Islam
• Perakaunan/Persijilan Profesional Perakaunan
• TESL


3. PERINGKAT SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA DI KOLEJ ANTARABANGSA IKIP


(1) Ijazah Sarjana Muda IKIP-UUM
(2) Diploma IKIP-UTM
(3) Diploma dan Pra Diploma IKIP-UiTM
(4) Diploma IKIP-Inhouse
(5) Sijil Kemahiran Perhotelan IKIP-HIAS Tahap 1, 2, 3 & 4
(6) Sijil Kemahiran IKIP-MLVK Tahap 1,2, 3 & 4

4.   PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA DI TIMUR TENGAH ( MESIR, MAGHRIBI DAN JORDAN)

(1)   Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Perubatan, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dan Takhasus Qiraat

(2)   Universiti-universiti di Maghribi dalam bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

(3)   Program Berkembar IKIP-Yarmouk, Jordan dalam bidang Syariah (Ekonomi dan Perbankan Islam)

(4)   Bagi kategori ini, calon-calon yang layak perlu mengikuti Kursus Insentif Bahasa Arab (KIBA) anjuran YP selama 4 bulan sebagai persediaan sebelum ke Mesir, Maghribi dan Jordan. Iklan akan dikeluarkan selepas keputusan peperiksaan SPM/STAM diumumkan mengikut tahun semasa.



Dikemaskini pada Selasa, 29 Mac 2011 15:14 Hits : 20976 times